Hiburan By: Padin January 23, 2023 @ 7:19am

Famili Duo: Pecah Rekod, Siti Saida & Siti Sairah Menang 2 Kali Berturut-Turut! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Minggu Keenam

Minggu keenam Famili Duo bertemakan ‘Irama Tradisional / Irama Malaysia’ menyaksikan pasangan adik beradik, Siti Saida dan Siti Sairah yang membawa medley lagu Pantun Budi dan Kurik Kundi mendahului pertandingan dengan meraih 72.8 peratus markah.

Dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton, Saida dan Sairah mengulangi kemenangan minggu lalu dan berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

@xtra_my Sekampung @sitisisters.my bawa atas pentas malam ni. Mantap @sitinursairahtarudin @sitinorsaidatarudin 💖 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Di tempat kedua, Bella Astillah dan Wani Kayrie yang menyampaikan lagu Tari Tualang Tiga dan Casablanca meraih markah sebanyak 71.5 peratus.

@xtra_my Ewah, love sangat performance @bellaastillah @wanikayrie malam ni! Best 😍 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Membawakan 7 Nasihat, duo adik beradik Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 65.9 peratus.

@xtra_my Mantap malam ni abang abang kita @sabhisaddi @fareedpf 🕺🏻🕺🏻 7 Nasihat yawww! Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Berikut merupakan markah penuh tujuh peserta Famili Duo di minggu keenam:

Berikut pula carta keseluruhan markah terkumpul untuk Famili Duo:

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Jul 2023
Trending Fri, 5 Nov 2021

Nak Tonton K-Drama Atau Rancangan Popular? Kelajuan Internet Lebih Pantas Dengan Celcom!

Makin lama makin dah biasa duduk dalam rumah kan? Makin banyak luangkan masa dengan telefon, main game, tengok atau buat content TikTok yang menarik, kerja dari rumah, belajar secara dalam talian, tengok Live Instagram dan […]

Trending Thu, 4 Jan 2024

Faizal Hussein Masih Gagah Buat ‘Stunt’ Sendiri

Pelakon senior Faizal Hussein mendedahkan dirinya masih mampu membuat aksi atau ‘stunt’ sendiri menerusi drama bersiri W: Two Worlds. Menurut Faizal, dia bersyukur dirinya masih lagi ditawarkan watak-watak yang mencabar meskipun sudah berusia. “Saya bersyukur […]

Featured Mon, 27 Apr 2020

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Kagum dengan ketabahan rakan atlet Muslim beragama Islam

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

李幸倪 816 回马公开举办《浮世绘》专辑发布会!

「实力小天后」Gin李幸倪8月16日回马举办,《浮世绘》专辑公开发布会!

Trending Fri, 12 Feb 2021

2 Jam Dilancarkan, Album Terbaru Dayang Nurfaizah Daki Tangga Pertama di iTunes

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang meletakkan album klasik terbarunya, Belagu di tangga nombor satu carta iTunes Apple Store, hanya dalam tempoh dua jam. Album studio terbabit yang menghimpunkan khazanah […]