Categories: HiburanTrending

Family Duo 3: Adira & Emma Suhaimi Menang RM10,000 Di Minggu 3, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Minggu ketiga Famili Duo menyaksikan pasangan adik-beradik, Adira & Emma Suhaimi yang membawa dua buah lagu iaitu Tiada Tangis Lagi dan Hukum Karma mendahului pertandingan dengan meraih 62.9 peratus markah.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton, Adira & Emma Suhaimi berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Sharif & Syaiful yang menyampaikan lagu Sekelip Mata Kau Berubah dan Bujang Senang meraih markah sebanyak 60.9 peratus.

Membawakan lagu Kamelia dan Cindai, Haqiem Rusli & Ariff Bahran pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 55.5 peratus.

Berikut merupakan markah penuh enam peserta Famili Duo di minggu ketiga:

1. Tiada Tangis Lagi & Hukum Karma – Adira &a Emma Suhaimi (62.9%)

2. Sekelip Mata Kau Berubah & Bujang Senang – Syarif & Syaiful (60.9%)

3. Kamelia & Cindai – Haqiem Rusly & Ariff Bahran (55.5%)

4. Cinta & Enter Sandman – Tom & Fuad Rahman (45%)

5. Dari Sinar Mata, Cinta Bandar Tasik Selatan, Cinta Dewa Dewi & Pencuri Hati – Ryan & Adam Bakery (43.3%)

6. In The End, Bring Me to Life & She’s Gone – Syahir & Shila Amzah (42.5%)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam, enam pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Syamir Shafie