Hiburan By: Salma Syahbuddin April 12, 2018 @ 6:58am

Panas! Kini Farid Kamil Bergaduh Dengan Adik Sendiri

Selepas terpalit dengan isu kontroversi melibatkan pelakon Datuk Farid Kamil. Kali ini, nama beliau sekali lagi dibangkitkan kerana dikatakan telah bergaduh dengan adiknya sendiri iaitu, Fadzil Zahari. Isu ini mula timbul apabila, Fadzil dikatakan tidak menghadiri satu acara yang melibatkan abangnya itu baru-baru ini. 

Namun, adik kepada pelakon dan pengarah ini menafikan dakwaan tersebut. Bagi Fadzil, hubungan mereka adik beradik masih baik dan meminta agar peminat dan netizen tidak membuat fitnah terhadap hubungan mereka. Menurut Fadzil beliau akan sentiasa menyokong kerjaya seni Farid walau apapun yang berlaku.

“saya dan Farid masih baik. Mana ada kami gaduh.Tak Baik buat fitnah yang bukan-bukan. Saya selalumengingatkan diri saya bahawa tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Saya akan sentiasa menyokong dan berada di sampingnya walau bermacam dugaan yang harus ditempuhinya.” Katanya

Namun, apabila ditanya mengenai kenapa beliau tidak hadir pada acara melibatkan abangnya itu, Fadzil memberitahu bahawa dia tidak lagi menguruskan abangnya itu termasuklah kerjaya Farid kerana sudah mempunyai pembantu peribadi sendiri.

“Ketika dia ditahan polis saya dan adik beradik membantu menguruskannya. Tetapi selepas dia dibebaskan adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusannya kerana dia tahu apa lebih baik. Bagaimana pun, saya akan menyokong dan akan sentiasa membantunya dari belakang.” Jelasnya

 

Sebelum ini, Farid pernah didakwa atas empat pertuduhan, termasuklah mendatangkan kecederaan dan mengunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dan orang awam serta berkelakuan tidak senonoh di balai polis trafik Kota Damansara. Namun, beliau mengaku tidak bersalah untuk kesemua pertuduhan tersebut.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Oct 2023

“Pilih Circle Yang Betul Tak Bermakna Saya Perlu Buang Kawan”- Bergaul Dengan Agamawan, Zizi Kirana Mengaku Kekal Istiqamah Bukan Perkara Mudah

kadang kita kecikkan circle bukan sebab sombong tapi kita memilih untuk hidup lebih tenang dan jadi lebih positif❤️

Events Mon, 26 Feb 2018

Akhirnya Abam Tinggalkan BBB 2018

Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.   Namun, rezeki tidak berpihak kepada […]

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Hurm… tak baik tau pisahkan seorang ayah dan anak-anak. Toleransi harus ada, semua berhak bahagia.

Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Soal Jodoh, Syazwan Zulkifli Lebih Selesa ‘Low Profile’

Bila ‘Pali’ buka mulut soal jodoh…hehe