Farid Kamil Rindu Anak, Diana Danielle Kongsi Lirik Lagu – “Jangan Buang Masa Risau Pasal…”

Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa rindu kepada isteri, aktres Diana Danielle dan anak-anak semasa mereka menunaikan ibadah umrah menerusi sebuah hantaran Instagram yang dimuat naik semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Farid Kamil Kongsi Momen Di Makkah Bersama Keluarga, Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Sampaikan Pada Mereka Ya Allah…”

Tidak memberikan respons terhadap hantaran Farid, Diana hanya berkongsi petikan lirik lagu nyanyian Mariah Carey bersama Snoop Dog yang berjudul Crybaby.

“Baby hear me when I say let that man be on his way.

“Don’t even waste your time and worry how he handle things,” kongsinya.

Menerusi lirik tersebut, ia memberi pesanan untuk tidak membuang masa merisaukan tentang lelaki itu mengendalikan masalah.

Di dalam video tersebut, Diana sedang ditatarias oleh jurusolek.

Untuk rekod, Diana mengejutkan orang ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil pada minggu lalu.

Sekadar info, Diana dan Farid telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Maya Basir