Categories: HiburanSelebriti

Farid Kamil Tak Mengaku Salah Ambil Dadah

Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC (Tetrahydrocannabinol), dua minggu lalu.

Pelakon dan pengarah berusia 37 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Farid Kamil didakwa atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 11 Januari lalu.

Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

SGMS Enal