Hiburan By: Del14 January 20, 2020 @ 2:49pm

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Insiden keguguran kehamilan yang lalu membuatkan pelakon jelita Fasha Sandha fobia untuk bercerita tentang kehamilannya kali ini walaupun ramai sudah membuat spekulasi dan andaian setelah terjumpa atau melihat foto-fotonya di media sosial kerana susuk tubuh Fasha yang semakin berisi seolah-olah sedang berbadan dua.

Akhirnya, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan (35) tidak mahu lagi berselindung dan mengesahkan yang dia kini sedang mengandungkan cahaya mata bersama pelakon, Aidil Aziz. 

“Saya mengaku ramai yang tidak henti-henti bertanya mengenai kehamilan saya apabila melihat perut semakin besar. 

“Alhamdulillah, saya hamil.  Cuma saya tidak mahu berkongsi usia kandungan kerana insiden keguguran sebelum ini membuatkan saya fobia untuk bercakap mengenainya,” kata pelakon drama rantaian Semua Salahku itu kepada BH Online. 

Fasha juga mengaku ini bukan kali pertama dia keguguran dan itu menyebabkannya lebih berhati-hati untuk berbicara tentang kehamilannya dan menjelaskan perkara yang sebenar.

“Saya ambil masa untuk beritahu perkara ini kerana ingin memastikan apakah masanya sesuai untuk dikongsi.  Sebolehnya, saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini (hamil) kerana masih sedih atas kejadian sebelum ini (keguguran). 

“Insiden itu melukakan hati kedua-dua anak saya.  Justeru, kali ini, saya mahu lebih tenang dan mengambil langkah berhati-hati. 

“Buat peminat yang selalu mengambil berat dan mendoakan yang baik-baik untuk saya, terima kasih saya ucapkan,” katanya lagi. 

Justeru itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2017 ini mengambil masa untuk berehat daripada berlakon buat sementara waktu dan menumpukan perhatian untuk mempromosikan drama dan komitmennya sebagai duta produk. 

Terdahulu, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli yang dikenali sebagai Jejai pada 2012 dan melalui perkahwinan pertamanya itu, mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli (6) dan Putri Raysha Jemyma (5) sebelum berpisah pada 2016. 

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac tahun lalu dan pada 10 Jun tahun yang sama, Fasha berkongsi menerusi laman Instagramnya yang dia keguguran setelah berkongsi berita gembira kehamilannya pada 21 Mei. 

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Instagram @fashasandha

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Oct 2022

Suami Terkait Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’, Eina Azman & Fouziah Gous Tak Beri Respons

Min pun nak tahu juga apa penjelasan selebriti kita ni….😎

Events Thu, 3 Nov 2022

Tampil Dengan Kelainan, Konsert 4 Dekad Slank Ubat Rindu Peminat Malaysia

Kumpulan rock Indonesia, Slank akan menemui peminatnya di Konsert 4 Dekad Slank di Kuala Lumpur pada 19 November 2022. Bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur, Slank akan tampil dengan beberapa kelainan yang pasti akan […]

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Wow! King Coco Buat Hal Pegang Anjing

Menerusi muat naik dilaman instagram King Coco, beliau kelihatannya mengusap seekor anjing sambil menulis caption dengan bait-bait lagu yang dipetik daripada lagu terbaru Joe Flizzow, Sampai Jadi.

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

‘Bukan Tamak, Tapi…’- Issey Fazlisham Mula Tukar Angin?

Saya mahu fokus dalam apa saja projek yang dilakukan, selagi nama masih diperlukan saya gunakan peluang yang ada…

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Musly Ramlee ‘Hidupkan’ Semula Watak Kassim Selamat

Jika kita tonton filem Ibu Mertuaku, pasti anda akan tertanya, bagaimana watak anak Kassim Selamat iaitu Tajudin apabila besar kelak, apa nasib Sabariah selepas Kassim pulang ke Pulau Pinang bersama Chombie dan bagaimana kesudahan nasib Kassim Selamat pula?