Fasha Sandha Redha, Belajar Untuk Tidak Terlalu Aktif!

Selepas keguguran kandungan yang memasuki usia 7 minggu, Fasha Sandha redha dan mengakui insiden itu memberikan 1001 pengajaran buat dirinya. 

Menurut Fasha, beliau belajar untuk tidak terlalu aktif ketika usia kandungan masih baru dan prihatin terhadap diri sendiri.

” Memandangkan pada usia sekarang saya berdepan pelbagai risiko seandainya hamil tetapi apa yang saya belajar terhadap apa yang berlaku ialah menjaga diri sendiri dan tidak terlalu aktif pada masa akan datang sekiranya dikurniakan rezeki untuk hamil lagi” Katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka pada Jumaat lalu.

Sumber : Instagram @fashasandha

Turut menyifatkan berkongsi tentang berita kehamilannya kepada media pada usia kandungan yang masih awal bukanlah punca kepada insiden keguguran yang berlaku.

“Semuanya berbalik kepada rezeki. Sebab tak pernah pun orang cakap umum hamil terlalu awal akan ada perkara tak baik boleh berlaku. Orang yang hamil lima bulan pun boleh gugur. Tetapi, saya tak kisah apa orang nak cakap” Tambahnya.

Salma Syahbuddin