Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2024 @ 1:45pm

Fasha Sandha Salute Bos Mydin Pakai Baju Batik RM20 – “Baju Tidak Melambangkan Status & Taraf”

Pelakon jelita Fasha Sandha meluahkan rasa bangga terhadap Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin apabila tular foto dirinya mengenakan pakain batik yang berharga RM20.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon drama rantaian Khilaf  Yang Tertulis itu berkata, memakai baju dengan harga murah sama sekali tidak melambangkan status dan taraf seseorang.

“Pakai baju RM20 tidak melambangkan status dan taraf seseorang. Salute Datuk Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,” katanya.

Sebelum ini tular perkongsian di platform X, apabila pihak Mydin membuat hantaran dengan mengatakan baju yang dipakai oleh bos mereka bukanlah baju yang berharga ratusan ribu sebaliknya hanya berharga RM20.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyifatkan pengarah urusan Mydin itu sebagai seorang yang sentiasa bersikap merendah diri.

Terdahulu, aktres itu pernah tular apabila videonya memakai pakaian berwarna jingga dan berharga RM19 hangat diperkatakan.

Katanya, dia tidak melihat perkongsiannya itu sebagai perkara yang luar biasa kerana selebriti sepertinya juga adalah manusia biasa.

“Saya jenis tak kisah sebab artis pun manusia biasa, tiada beza pun.

“Tidak semua artis mementingkan jenama semata-mata sebab pada saya asalkan cantik dan berkualiti,” ulasnya kepada pemberita.

Tambahnya, dia tidak perlu berasa malu apabila menyebut harga pakaian yang disarungkan memandangkan tiada apa yang perlu dibuktikan kepada orang lain.

“Pada saya tiada apa yang pelik pun sebab ramai sahaja artis yang sarung pakaian harga mampu milik cuma tak sebut harga saja.

“Golongan selebriti lumrahnay memang kena ada banyak pakaian. Saya secara peribadi tidak akan beli baju mahal-mahal.

“Mungkin ada yang berasa malu nak sebut harga atau beritahu beli yang mana tapi saya tak kisah pun pasal perkara itu,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra