Fathia Latiff Kongsi Gambar Peluk Dengan Anak Ikan? Netizen Komen: “Dia Ni Jenis Sauk Je Ke?”

Pelakon sensasi Fathia Latiff sekali lagi berkongsi sepotong video pendek memaparkan dirinya bersama seorang individu lelaki didakwa kekasih barunya.

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya itu memperlihatkan Fathia dan lelaki berkenaan saling berpelukan sambil merakamkan aksi mereka dihadapan cermin.

Tindakan berkenaan bagaimanapun mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet, terutamanya apabila dia dilihat acap kali bertukar pasangan.

  

Tidak habis disitu, ramai dalam kalangan pengikutnya berasa kesal apabila aktres itu seolah-olah tidak sensitif mengenai isu yang sedang berlaku di Palestin.

“Ni lagi satu, sekarang dunia tengah tenat tengok Palestin tu macam mana sekarang? Kau tak habis-habis dengan dunia huru-hara kau. Post benda yang bukan-bukan. Kau nak apa sebenarnya dalam hidup kau ni?

“Daripada post yang bukan-bukan dan tak berfaedah, apa kata as in Islam… paling kurang pun post pasal Palestin lagi bermanfaat,” komen netizen.

Terdahulu, Fathia mencuri perhatian apabila dia berkongsi beberapa foto mesrnya bersama seorang lelaki ketika bercuti di Jepun pada Januari lalu.

Salma Syahbuddin