Hiburan By: SGMS Faida June 12, 2018 @ 5:25am

Faye Kusairi Balas Sindiran Elly, You’ve Crossed The Line!

Pertelingkahan antara pelakon Elly Mazlein dan Faye Kusairi terus berlanjutan apabila kedua-duanya memuat naik status sinis yang memerli antara satu sama lain.

Terdahulu, Elly ada memuat naik status memohon bekas suami, Azmi Hatta untuk menyediakan duit persiapan raya untuk anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

“ Azmi Hata, dekat nak raya ni. Duit persiapan raya anakmu mana? Duit nafkah pun tak bagi.

Selepas beberapa status panjang lebar ditulis menerusi laman Instagram milik Elly, Faye Kusairi yang merupakan isteri Azmi membuat kenyataan balas menerusi laman Twitternya.

“ Dari awal pun kita tahu dia kurang ajar…tapi bila kali ini sampai main nama mak kita tu, you’ve crossed the linelah.

“ Mohon sedar diri tu dah meningkat umurnya, punya anak dah pun. Matangkanlah diri tu. Bahasa melambang bangsa. Awak tu orang kenal, sedarlah sikit,” tulis Faye.

Elly turut memuatnaik status yang berbunyi sindiran terhadap Faye, “ Memang ayat di IG kena guna ayat Islamik ya Fake?,” tulisnya.

Diharap dalam bulan mulia ini semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak timbul pertelingkahan.

Buat netizen pula, janganlah jadi batu api sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Fri, 21 Dec 2018

李佩玲「攻顶」开唱!突破自我邀千人共度跨年夜

时隔半年,李佩玲终于要展开个人巡演的第二站啦!

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Reaksi Siti Nurhaliza Pertama Kali Bergelar Ibu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya sekarang ini sedang menikmati saat bahagia bersama bayi comelnya yang diberikan nama sementara sebagai Fatimah Az-Zahra

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019
Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ziana Zain sudah ‘move on’!

Ziana memberitahu, dia  perlu  kuat dan meneruskan kehidupan yang telah direncanakan oleh Allah.

Events Sat, 22 Jan 2022
Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

| Live TV