Hiburan By: SGMS Enal July 29, 2018 @ 10:18am

Fazley Yaakob Naik Pelamin Lagi?

Sebelum ini, penyanyi dan chef selebriti Fazley Yaakob pernah menyatakan hasratnya untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya dan akan mengotakan janji tersebut pada November depan.

Menurut Fazley, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dengan menjemput rakan-rakanya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.

“InsyaAllah perancangannya bulan November depan kerana kami bernikah pada 7 November, mungkin dalam minggu itu. Persiapan sudah dirancang atas kertas cuma belum secara fizikal.

“Tapi ia bergantung juga kepada jadual saya dan isteri serta selesaikan urusan anak-anak dulu,” 

Kata Fazley lagi, majlis tersebut adalah bagi meraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan media yang tidak dapat hadir pada majlis sebelum ini selain mengotakan janji yang pernah dibuat kepada arwah bapanya.

“Dulu saya jemput 100 orang media ke majlis itu tapi lapan orang sahaja yang datang, malah ada yang datang itu diberhentikan kerja.

“Ada rakan media yang hubungi saya minta maaf tak dapat datang dan ketika itu mereka minta saya buat lagi majlis jika ada rezeki untuk mereka datang. Selain itu juga pesanan arwah ayah saya sebelum dia meninggal,” katanya.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2007 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azrene iaitu Datin Rosmah Mansor tidak merestui perkahwinan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Thu, 14 Apr 2022
Hiburan Tue, 18 Jun 2019
Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Hiburan Mon, 21 May 2018

Betulkah Hafiz Suip Tak Popular?

Hafis Suip menafikan sikap demand yang menjadikannya sedikit tenggelam namun bagi penyanyi yang popular menerusi lagu Bahagiaku Deritamu ini mengakui bahawa wang bukanlah segala-galanya

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Aiman Tino Kini Pengarah Urusan. Ini Buktinya!

Aiman tidak melihat isu ini sebagai salah satu halangan untuk mengemudi syarikatnya yang diberi nama Manno Resources Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 19 Disember lalu

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!