Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob tampi meluahkan rasa duka citanya selepas mendengar perkhabaran tentang pemergian seorang wartawan hiburan, Fiza Kamarudin, malam tadi

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazley turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama Allahyarhamah menerusi Direct Message di platform tersebut.

Menurut Fazley, dia sangat terkesan dengan pemergian Fiza yang mengejut kerana mereka kerap berhubung dan berbincang tentang penyakit kanser yang dihidapinya.

“Saya terkesan benar apabila menerima perkabaran duka sahabat saya telah pergi secara mengejut ketika dihujung percutiannya bersama keluarga tercinta.

“Kami baru berbicara panjang tentang keadaan beliau. Baru juga berjanji bahawa saya akan masakkan Pasta Daging Salai buat beliau minggu depan sepatutnya.

“Ketika arwah baru mendapat berita tentang penyakitnya. Hampir setiap hari kami berhubung, malahan saya beliau minta untuk diyakinkan keberkesanan rawatan yang bakal dilalui.

“Moga tenang Fiza disana, berehatlah sahabatku. Terima kasih diatas setiap butiran kata2 indah di dalam penulisanmu buatku selama ini. Takziah buat keluarga arwah,” tulisnya.

Terdahulu, Fiza dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London pada jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malysia) akibat pendarahan dalam otak.

Difahamkan pendarahan otak yang berlaku adalah disebabkan oleh sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan sekaligus mengakibatkan Allahyarhan rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Kata adiknya Siti Nor Hazlinda, insiden itu terjadi beberapa jam sebelum Allahyarham bersama suami dan dua anaknya ingin pulang ke Malaysia selepas bercuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Fiza Kamarudin Dilaporkan Kritikal Di London Meninggal Dunia – “Percutian Ini Hajat Terakhir Untuk Raikan Anak”

Fatin Nurain