Hiburan By: SGMS Faida January 11, 2019 @ 8:40am

Jatuh Di Set, Fazura Panik Di Set Pembikinan Klip Can’t Forget Me

Penyanyi Fazura mengakui berdepan dengan cabaran sukar ketika menjalani penggambaran klip video single terbarunya Can’t Forget Me.

Fazura ketika ditemui di majlis pelancaran single ciptaannya bersama komposer Willy Beaman dan Cameron Forbes memaklumkan dia mengalami kecederaan selepas jatuh di set.

“ Saya berdepan insiden yang membuatkan semua orang di set panik selepas jatuh ketika menjalani penggambaran. Bayangkan saya jatuh yang mana hentakan kuat terkena bahagian tulang keting. Memang sakit malah terasa sampai sekarang.

“ Ambil masa sebulan juga untuk pulih tetapi saya berpuas hati dengan hasil klip video Can’t Forget Me. Ia memang memberikan pengalaman yang cukup berharga,” katanya.

Tambah Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, lirik lagu Can’t Forget Me ini didedikasi khas buat individu terutama wanita yang berdepan dengan masalah keyakinan diri.

“ Jujurnya, saya juga tidak lari dari masa-masa yang tidak yakin dengan diri sendiri. Lirik lagu ini ditujukan bukan sahaja kepada saya sahaja malah semua orang luar di sana perlu lihat dalam diri anda, sayangi diri sendiri seterusnya yakin dengan kemampuan.

“ ‘Just Love Yourself’ adalah amat penting bagi setiap individu. Lirik lagu ini seratus peratus mengenai memperkasakan kemampuan diri masing-masing,” katanya teruja.

Tambahnya lagi, proses rakaman single ini dilakukan di Los Angeles yang mengambil masa sekitar hanya lima jam sahaja.

Lagu Can’t Forget Me bakal berada di semua platform digital bermula 18 Januari 2019 termasuklah di iTunes, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX dan KKBOX.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Tiada Niat Mahu Merampas, Cuma Ingin Berikan Kasih Sayang… Fizi Ali Hadir Mahkamah Perjuang Hak Penjagaan Anak

Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah lantaran Shakila tidak mengizinkan dia bertemu anaknya.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Kris Jenner Surprises Granddaughter Stormi With Her Own Playhouse For Christmas

Literally this is the ‘Best Christmas Gift of All Time’!

Featured Thu, 23 Sep 2021
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Siapa Gerangan Lelaki Berani Cium Chacha Maembong?

Hensem juga teman lelaki Chacha Maembong ni kan?

Contest Mon, 8 Apr 2019

#xtraGiveaway: Win Two Tickets to Meet and Greet Hyolyn in Kuala Lumpur

Not only will you get to see her, you’ll get to party with her too, California style!

Featured Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

“Tak Ada Wow Factor!” – Syafinaz Selamat

Siapa agaknya yang akan ke peringkat separuh akhir?? Jangan lupa undi peserta ‘favourite’ anda!