Hiburan By: Padin January 4, 2022 @ 1:09am

Fedtri Yahya Tampil Dengan Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’, Dalami Kisah Sebalik Tirai Kehidupan

Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton bermula 2 Januari lalu, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam selama 10 episod.

Program bual bicara ini merupakan idea asal dan konsep oleh Fedtri dan ia memaparkan kisah-kisah benar yang akan diceritakan sendiri oleh mangsa trauma dalam kes-kes tertentu.

Fedtri akan menyelami isi hati mangsa secara terus dan mendalam. Lakonan semula akan dipaparkan semasa penceritaan.

Panel jemputan juga akan ditampilkan bagi setiap episod untuk memberi pandangan dan juga cadangan untuk mengatasi masalah buat para mangsa.

Antara topik dan kes yang akan dikupas adalah kemurungan dan kebimbangan, penderitaan rumah tangga, akhlak dan jenayah seksual.

Episod pertama yang bersiaran pada 2 Januari lalu memaparkan topik ketagihan pornografi. Perkongsian dari seorang remaja yang ketagihan pornografi pada usia seawal 8 tahun.

Obsesi terhadap dunia porno menjadikan remaja ini menemui jalan buntu dalam usaha untuk mengubah. Kecanduan kepada bahan terlarang sukar ditinggalkan kerana ia sudah sebati dengan jiwanya.

Episod seterusnya menampilkan dua kisah berbeza yang dibelenggu oleh perasaan rindu yang menebal. Kisah pertama merupakan seorang anak yang sangat rapat dengan arwah ayahnya sehingga pemergian insan tercinta itu meninggalkan perasaan terkilan lantaran dia tidak berkesempatan untuk berjumpa di kali terakhir.

Kisah kedua pula menceritakan keadaan seorang ibu dihukum perasaan pilu dan rindu selepas anak kecilnya hilang di rumah dan masih tidak dapat dijejaki hingga kini. Dua dimensi rindu yang berbeza ini membawa kesengsaraan jiwa yang besar kepada kedua-dua mangsa ini.

Artis tanah air popular iaitu Jaafar Onn turut berkongsi kisah hidupnya yang pernah merana kerana dendam dan dengki oleh orang rapat dengannya sehingga kesihatan terjejas teruk. Ikuti perkongsian kisah beliau dalam episod ketiga yang membawakan topik ‘bahana sihir’.

‘Muflis dan sifilis’ yang dipaparkan dalam episod keempat pula akan berkongsi kesengsaraan hidup seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya. Selama lapan tahun berkahwin, bekas suaminya jarang mendekatinya dan memberi nafkah batin.

Akhirnya, rahsia terbongkar apabila bekas suaminya ialah seorang homoseksual yang aktif ditiduri teman sejenis sehingga dijangkiti penyakit kelamin sehingga merosakkan organ dalamannya. Wanita ini juga difitnah dan dimanipulasi oleh bekas suaminya yang bijak mengatur langkah untuk menutup kejahatannya.

Apakah topik-topik dan kes-kes lain yang bakal dipersembahkan dalam Aduan Jiwa? Saksikan paparan menarik dalam program bual bicara baharu TV9, Aduan Jiwa bermula 2 Januari 2022, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Sep 2018
Hiburan Tue, 22 May 2018

东于哲出道9年首次亮相北京「终于实现了!」

出道九年的东于哲正式进军中国,携新歌《黑白说》亮相北京举办媒体见面会!发布会现场被精心布置成格斗舞台,东于哲全球首唱新歌,充满感染力的音乐唱出了大众的心声,也展现了自己的实力与音乐态度。

Hiburan Mon, 6 May 2019

打下辽阔江山帅气返场!鍾瑾桦发行中文单曲《被你宠爱》

打下辽阔江山帅气返场,Alvin鍾瑾桦发行久违中文新单曲《被你宠爱》高调直抒被黑心声。

Featured Sun, 20 Nov 2022
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Hubungan Kami Setakat Di Sini Sahaja

Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Yazit Ahmad Buntu Cari Duit Biaya Kos Pembedahan Anak

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keudanya, Shahmirnuri. Kata Yazit, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah menjual dua kereta kepunyaanya dan anak sebagai langkah […]

Trending Tue, 25 Sep 2018

老娘不用人救!迪士尼公主「战士化」比王子还帅

迪士尼动画的角色相信大家都不会陌生,特别是公主们更是给大家留下深刻的印象。但公主只能靠王子拯救吗?