Ferrari Aliff Syukri Dijilat Api?

Petang semalam, kisah sebuah kereta mewah Ferrari dilaporkan hangus dijilat api di mana kejadian tersebut berlaku di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

Dalam masa sama, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik status yang menggambarkan kereta berkenaan adalah miliknya.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri bin Kamarzaman melalui Instagramnya dilihat menangis dalam video berkenaan.

Melalui ruangan komen di Instagram, jutawan berusia 32 tahun ini mengaku kereta mewah tersebut adalah miliknya.

Kenderaan mewah tersebut dianggarkan bernilai hampir RM1.8 juta.

SGMS Faida