Events By: Salma Syahbuddin August 24, 2022 @ 8:40pm

Fesyen Pakai Songkok Separuh Bogel Dianggap Kurang Aj*r, Pereka Fesyen Ini Tampil Beri Respons – “Tiada Niat Persendakan Agama…”

Walaupun sudah empat hari acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) melabuhkan tirai, pelbagai kontroversi timbul tidak kiralah daripada artis yang terlibat mahupun pereka fesyen itu sendiri.

Terbaharu, penampilan pereka fesyen terkenal menerusi jenama Behati, Kel Wen mencuri perhatian warganet selepas tampil dengan memakai songkok dan sampin bersama jaket panjang berwarna hitam dipadankan dengan kasut boots namun dilihat mendedahkan bahagian badan dan kakinya.

Penampilan tersebut sekaligus mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan warganet yang melabel fesyen tersebut seakan-akan mempersendakan agama Islam dan dianggap sebagai ‘kurang ajar’.

 

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Kel Wen menerusi hantaran di Instagram miliknya tampil memberikan respons terhadap pandangan dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya baca komen kalian, secara seriusnya saya langsung tiada niat untuk mengejek atau memeprsendakan mana-mana agama.

“Bagi saya Islam itu sangat indah… dan saya sendiri membesar dalam kalangan Muslim di Malaysia. Secara langsung ia sedikit sebanyak mempengaruhi seni dan gaya saya,” tulisnya.

Sementara itu, Kel Wen juga menasihatkan agar warganet di luar sana menyelidik terlebih dahulu mengenai sesuatu fesyen sebelum melemparkan tuduhan dan sentiasa menjaga pertuturan.

“Kepada haters yang tidak membuat kajian, kamu tidak perlu menerima gaya atau stail yang saya gayakan kerana gaya ini bukanlah menjadi kelaziman buat lelaki tempatan.

“Dan kalau boleh, tolonglah jaga percakapan. Kalau mahu dianggap contoh, kesederhanaan itulah yang paling tepat. Bukan sahaja terhadap apa yang kita pakai tetapi apa yang keluar dari mulut,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHAI. KEL WEN. (@kel__wen)

 

Dalam hantaran sama, Kel Wen sempat berkongsi mengenai sejarah permulaan songkok dalam komuniti masyarakat Melayu.

Dalam KLFW juga, Kel Wen menerusi jenama Behati turut memperkenalkan koleksinya yang diberi nama ‘Peranakan’ yang turut digayakan oleh Datuk Seri Vida sebagai wajah ilham (muse).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KHAI. KEL WEN. (@kel__wen)

 

 

 

Sumber: Facebook, Gempak, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 May 2018

Tak Mampu Beli Tiket, Peminat Ed Sheeran Patah Kedua Belah Kaki

Gara-gara ingin menonton persembahan Ed Sheeran dengan lebih dekat, sanggup memanjat bumbung …

TECH Thu, 28 Jun 2018

Apple vs. Samsung Dispute Finally Settled

It was a lengthy battle between the two giants. See who won.

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

SEDAP SANGAT KE SUARA ERNIE ZAKRI?

Baginya, keindahan lirik, melodi yang baik dan music arrangement dalam lagu-lagu bergenre etnik kreatif ini sentiasa mekar dalam diri masyarakat Malaysia

Trending Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Fri, 5 May 2023
Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

Savour KFC’s Brand New Mad Mex Twister for a Limited Time Only!

The classic Twister came back with a special twist.