Hiburan By: SGMS Faida May 2, 2018 @ 1:37am

Fikir Sebelum Cakap – Nita Hamzah

“Beautiful dress from Calvin Thoo. Think before you say anything,” tulis Nita di Instagramnya semalam.

Ini berikutan kekecohan di media sosial berhubung baju pernikahan penyanyi itu apabila gaun yang dipakainya dikatakan terlalu seksi hingga menampakkan lurah dada. 

Jika dilihat betul-betul, gaun rekaan fesyen popular Calvin Thoo itu dihasilkan berlapik kain jenis lembut mirip warna kulit… Haaa lain kali tengok betul-betul ok?

Kecaman mula timbul apabila netizen menganggap gaun pengantin Nita dilihat terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian bahu hingga dadanya.

Penyanyi itu juga memuat naik entri daripada sebuah blog yang menyifatkan tindakan Nita menyarung busana berkenaan memalukan.

Bagaimanapun, Nita menerusi kenyataan kepada sebuah portal online memberitahu baju yang berbelah di bahagian tengah dada itu berlapik dan menyamai warna kulitnya.

Apapun, kami nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Nita dan pasangannya, Mohd Fareez Shamsul Bahari yang selamat bernikah pada Ahad lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

《八度空间嘉年华》强势回归!923一起过中秋

暌违5年《八度空间嘉年华》强势回归!配合即将来临的中秋节,八度空间再度齐聚旗下艺人和主持人,于9月23日(星期日),上午10时正至晚上10时正,在布城IOI City Mall和全马观众一起共庆佳节。

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Siap Sedia Jadi CEO Stesen TV, Ac Mizal Sedia ‘Ubah Angin’

Saya dan Adam bersyukur dengan kerjasama bersama TV3 dan kami turut berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menerbitkan program untuk TV3 selama setahun.

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

“Kak Ani Ada Cadangkan Shiha Zikir & Zizi Kirana…” – Noraniza Idris Tunai Umrah, Siapa Bakal Bersama Bunga Di Separuh Akhir Muzik Muzik 36?

Penyanyi rap muda, Bunga mengesahkan penyanyi Noraniza Idris tidak akan menyampaikan lagu Intan Payung di Separuh Akhir Muzik Muzik 36. Dalam acara yang akan berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 hadapan, Noraniza […]

Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Tahniah! Ayu Raudhah Hamil Anak Keempat

Rezeki Allah itu datang dalam berbagai bentuk yang diikuti tanda pagar Laura Zuleykha nak jadi kakak, suami nak anak ramai, Allah pun bagi… Tahniah Ayu & Zaquan!

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Khatam Al-Quran Sewaktu Usia 6 Tahun

Seawal usia 6 tahun, anak sulungnya, iaitu Bella sudah pun khatam Al-Quran.