Fikry Ibrahim Harap Aplikasi GoEat Mampu Membantu Bisnes Masakan Dari Rumah!

Sering mendengar keluhan rakan yang bekerja sebagai penghantara makanan di ibu kota pelakon, Fikry Ibrahim rasa terpanggil untuk membina dan melancarkan aplikasi GoEat tidak lama lagi. 

GoEat bakal menjadi aplikasi penghantaran makanan dan platform masakan dari rumah pertama awal tahun depan bersama seorang lagi rakan perniagaannya, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman.  

“Saya nak bantu generasi muda menjana pendapatan dan menyokong perniagaan penghantaran makanan yang diasaskan sendiri oleh anak Malaysia.
“Kalau nak buat sendiri, belum cukup modal tapi mujurlah saya dipertemukan dengan Khairil yang turut merancang untuk membuat aplikasi sama,” jelas Fikri kepada BH Online.
Sama ada menjadi penghantar makanan merupakan sumber rezeki utama atau pun kedua bagi seseorang individu, mereka juga terpaksa menghadapi cabaran seperti orang lain.
“Saya tahu kepayahan yang terpaksa dilalui penghantar makanan.  Ia bukan satu pekerjaan yang mudah tapi demi kelangsungan hidup dan ingin meyara keluarga mereka gagahkan diri.
“Saya kagum dengan semangat dan usaha penghantar makanan ini.  Awal pagi sudah mula bekerja hingga ke lewat malam untuk mencari rezeki.
“Kalau cuaca elok memang seronok menghantar tapi andai kata hujan hari terbabit, mereka terpaksa redah demi memastikan pesanan yang ditempah diterima mengikut waktu,” katanya lagi.
Idea untuk menyediakan platform menjual masakan dari rumah adalah daripada Fikry sendiri dan aplikasi tersebut adalah yang pertama di Malaysia.
“Saya terpanggil untuk menyediakan perkhidmatan ini selepas melihat ramai melakukan bisnes dari rumah belum berjaya meskipun menawarkan makanan yang sedap.
“Jadi saya sedikakan platform ini berserta penghantaran untuk membantu mereka.  Saya percaya ramai yang suka dengan masakan dari rumah kerana rasanya yang lazat. Saya harap inisiatif ini akan dipermudahkan dan berjaya,” katanya lagi.
GoEat bakal dilancarkan awal tahun 2020 selepas menjalani tempoh percubaan pada awal Disember ini untuk memastikan kelancaran aplikasi tersebut. GoEat diasaskan oleh Khairl manakala Pengasas Bersama adalah Fikry. 
Kredit Foto: Instagram @fikryibrahim
Del14