Hiburan By: Padin August 25, 2022 @ 12:32pm

“Filem Anak Rimau The Movie Beri Ilham Kepada Anak Muda” – Timbalan Menteri Belia & Sukan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ti Lian Ker memberi sokongan atas usaha penghasilan filem Anak Rimau The Movie yang menjalani penggambaran dalam tempoh mencabar pada era pandemik.

Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd bukan sekadar berlatarkan sukan bola sepak, malah, mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.

Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Ia juga dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Ini satu cabaran hebat bagi pelakon dan kru Anak Rimau The Movie dapat menghabiskan penggambaran filem, meskipun diuji dengan pandemik.

“Proses penggambaran filem dijayakan dengan dedikasi dan memiliki sifat kepimpinan tinggi. Aspek ini juga ditanam dalam mesej utama filem Anak Rimau The Movie iaitu memberi inspirasi kepada anak muda mencapai cita-cita sebagai pemain bola sepak demi Malaysia,” ujarnya.

Beliau hadir pada Malam Gala Filem Anak Rimau The Movie di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Turut hadir pada tayangan filem berkenaan ialah Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah,Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Penerbitnya, Fadzil Manap berkata, filem memainkan peranan penting sebagai menjadi medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam hidup.

“Saya percaya filem Anak Rimau The Movie mampu memberi impak, pengaruh dan gaya pemikiran masyarakat.

“Tujuan pembikinan filem bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda, tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan bagi membantu membina asas kukuh untuk transformasi Malaysia,” katanya.

Filem Anak Rimau The Movie mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.

Naskhah menelan belanja RM5.5 juta itu turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie.

Turut membintangi, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.

Kredit foto: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 6 Oct 2019

Sharnaaz Lepas Geram Pada Siapa??

Sudah pasti kes penceraian pelakon, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila yang masih belum selesai membuatkan pelakon Cinta Bukan Kristal itu amat merindui anak tunggal mereka, Jebat Jayden yang buat masa ini tinggal bersama

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Bapa Atikah Suhaimie Beri Sebab Punca Anaknya Tak Jadi Kahwin

Netizen diharap menghormati keputusan kedua belah pihak

Hiburan Sun, 26 May 2019

Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

“Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif.”

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

11 Tahun Bersendiri, Anak Tak Izin Azharina Cari Boyfriend?

Pernah satu ketika dia datang kepada saya dan tanya ‘Mummy ambil Rahmat dekat mana?

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

《娱协30》新人造势活动 429金河轰动登场

《娱协30》新人推荐奖候选人将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动;出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成以及Danny许佳麟。

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kate Middleton And Prince William Showoff Newborn Prince

The royal couple just got their third child!

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Bergabung Meletup” – Nyanyian Nuha Bahrin & Nissa Sabyan Buat Peminat Teruja

Wow!! Nuha duet dengan Nissa Sabyan guys! Letupss arab dia orang!!

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Jenazah Terasa Sangat Ringan…” – Shuib Sepahtu Kongsi Pengalaman Uruskan Pengebumian Siti Sarah

Walaupun baru sahaja berdepan dengan kehilangan, pelawak Shuib tetap tabah berkongsi kisah pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada para peminat. Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan, Shuib sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan jenazah isterinya tengah hari

| Live TV