“Filem ‘Anwar: The Untold Story’ Menangkis Persepsi Sepanjang 23 Tahun Anwar Ibrahim Dipapar Menjadi Penjenayah” – Dr Wan Azizah

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur filem ‘Anwar: The Untold Story’ bakal ditayangkan di pawagam.

Menurut beliau, filem ini berkisarkan tentang kisah disebalik perjalanan dan ‘kesengsaraan’ suami tersayang, Anwar ketika berada dalam penjara sehingga dilabel sebagai penjenayah.

“Filem ini bukan satu dokumentari, tapi itu adalah satu perjalanan kami daripada dulu. Alhamdulillah, filem ini juga adalah untuk menangkis persepsi dulu dimana sepanjang 23 tahun suami tercinta saya, Anwar Ibrahim dipaparkan sebagai satu penjenayah, banduan, tidak mempunyai moral yang baik.

“Ini adalah tujuan yang kami mahukan dan sampaikan. Cuma satu sahaja saya terkilan apabila babak Azizah meminta Anwar untuk membaca bismillah itu.

“Semasa tonton filem ini tadi, Anwar usik saya pasal saya selalu baca ‘Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim”, dia (Anwar) mengusik saya.

“Tapi apapun doa bismillah itu berkata ‘whatever you do, in the name of Allah, Insya-Allah,” katanya ringkas.

Pada Isnin Malam, Anwar bersama isteri tercintanya, Wan Azizah ke sesi tayangan perdana filen Anwar: The Untold Story yang memaparkan perjalanan dalam arena politik di pusat beli belah terletak di ibu kota.

Filem berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu, mengisahkan perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Diterbitkan oleh Bianglala Entertainment hasil sentuhan pengarah terkenal Indonesia, Viva Westi menelan belanja sebanyak RM10 juta.

FIlem ini dibintingai oleh pelakon terkenal seperti Farid Kamil yang memegang watak utama sebagai Anwar, Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad), aktres popular Indonesia Acha Septriasa (Wan Azizah), serta dibantu oleh Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Anwar: The Untold Story bakal ditayangkan di panggung wayang seluruh negara pada 18 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya Saya Segan, Tapi…” – Dapat Pujian Anwar Ibrahim, Siti Nurhaliza Tonton Filem Sebelum Rakam OST Anwar: The Untold Story

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Makbul, Farid Kamil Ambil Risiko Dalam Filem ‘Anwar The Untold Story’ – “Pelakon Lain Tak Ada Keberanian Untuk…”

Aqilah Paharuzi