Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2022 @ 7:49pm

Filem Epik Mat Kilau Hampiri Kutipan RM100 Juta

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof meluahkan rasa gembiranya apabila filem tersebut berjaya mencatat kutipan box office iaitu sebanyak RM97 juta sejak tayangannya pada 23 Jun lalu.

Pencapaian ini sekaligus mengatasi rekod kutipan filem Munafik 2 iaitu sebanyak RM48 juta pada tahun 2018.

Syamsul menerusi Instagramnya berkata, filem yang baik akan diterima oleh masyarakat dan mereka akan menghargainya tanpa perlu dipaksa.

“Apabila Allah berkehendak.. Mat Kilau adalah sebuah filem yang mencatat kutipan paling cepat iaitu RM 97 juta secara keseluruhannya. Mengatasi box office rekod Munafik 2 iaitu sebanyak RM 48 juta pada tahun 2018.

” Terima kasih sambut saya dengan baik bila saya turun melawat pawagam.. Abang terharu, alhamdulillah.

“Sebuah filem yang ‘baik’ akan diterima oleh masyarakat. Dan majoriti masyarakat akan menghargainya sendiri tanpa perlu dipaksa. Majorit,” katanya.

Sementara itu, Syamsul juga tidak kisah dikiritik kerana, sebagai pembikin filem, seseorang itu mestilah lebih baik dan bijak selangkah kehadapn berbanding mereka yang suka mengkritik.

Syamsul yang gembira dengan hasil sokongan peminat turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah kepada barisan pelakon filem ini.

Malah, kejayaan yang diraih ini meletakkan filem Mat Kilau antara filem yang mencatat kutipan tertinggi mengatasi filem Hollywood, Avengers: End Game.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Takziah, Cucu Prof Dr. Muhaya Telah Kembali Ke Rahmatullah

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Tue, 21 Aug 2018
Trending Mon, 1 Apr 2024

Kasih Ibu Lah Yang Membuatkan Sahur Kami Lebih Sempurna!

Apabila tiba bulan Ramadan, dua waktu yang menjadi fokus orang ramai tentunya waktu sahur dan juga berbuka. Sebabnya pada ketika ini orang ramai akan menjamah makanan serta minuman sebelum mula berpuasa atau berbuka. Selain itu, […]

Trending Fri, 3 Jul 2020
Hiburan Thu, 15 Sep 2022