Hiburan By: Padin August 24, 2022 @ 6:36am

Filem Lakonan Raih Lebih RM90 Juta, Beto Kusyairy Tak Demand Bayaran

Kejayaan filem Mat Kilau tidak membuatkan pelakon Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman, 42, bersikap ‘demand’.

Masih seperti dulu, aktor handalan ini meletakkan harga munasabah untuk sesebuah naskhah yang akan dijayakan.

“Saya masih Beto yang dulu, harga ditetapkan juga setimpal dengan kerja lakonan dan pengalaman dalam bidang seni.

“Saya bekerja bukan untuk diri sendiri, tetapi demi naskhah diamanahkan. Jika bekerja untuk karya, saya akan memberikan yang terbaik.

“Keikhlasan perlu ada dan itu antara sebab saya masih bertahan sehingga hari ini,” kata Beto.

Bakal muncul dalam Anak Rimau The Movie yang akan ditayangkan bermula 1 September ini, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Areel Abu Bakar itu kerana tertarik dengan skripnya.

“Saya melakonkan watak jurulatih sukan bola sepak bernama Coach Zainal. Saya bukan pemain bola sepak, tetapi memang minat sukan bola sepak dan ada pasukan yang diminati.

“Saya juga bukanlah kaki bangku kerana bermain bola sepak untuk mengeluarkan peluh. Sebenarnya, saya hampir mewakili pertandingan Silat Olahraga peringkat remaja Selangor pada zaman sekolah dulu.

“Justeru, memang tidak asing komitmen tinggi dan disiplin sebagai ahli sukan, sekali gus saya praktikkan dalam filem ini,” katanya.

Ditanya cabaran watak, katanya, dia bertuah menimba pengalaman bersama barisan pelakon baru yang juga pemain bola sepak muda kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) yang turut membintangi filem berkenaan,

“Mereka mendapat bimbingan dan bengkel lakonan dari guru lakonan terkenal, Fatimah Abu Bakar.

“Selain guru lakonan, kami juga dibantu jurulatih bola sepak dari AMD, Osmera Omaro yang juga penasihat dalam filem.

“Justeru, saya tiada masalah untuk mendapat keserasian dengan barisan pelakon muda dari AMD kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dari segi dialog, penghayatan watak, lakonan dan sebagainya di lokasi penggambaran,” katanya.

Selain Beto, filem menelan belanja RM5.5 juta turut mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.

Turut membintangi, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.

Ia turut menampilkan barisan pelakon pembantu Iaitu Mustakim Bahadon, Taiyuddin Bakar, Megat Sharizal dan ramai lagi.

Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat sokongan Cyberlynx International College selaku penaja utama, manakala Al-Ikhsan Sports pula sebagai penaja pakaian sukan rasmi.

Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September ini.

Filem Anak Rimau The Movie dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan AMD dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Patutlah Cantik…Tya Arifin Kongsi Rahsianya!

Saya tidak malu untuk menjual jamu kerana percayakan pelbagai khasiat semula jadinya untuk wanita. Saya sendiri mengamalkan pengambilan jamu sejak dulu. Wow, patutlah Tya kekal cun walaupun dah beranak satu!

Events Wed, 12 Sep 2018

Venue Change for Lui Peng’s Tour Stop in Malaysia

DON’T go to The Bee because there’s a change in location.

Trending Thu, 21 Jan 2021
Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Thu, 11 Nov 2021

Gara-Gara Homestay Tiada Seterika, Suami Banggakan Isteri Guna Cerek Eletrik Untuk Ratakan Tudung

Tindakkan seorang suami ini melicinkan tudung isterinya menggunakan cerek eletrik mendapat pujian ramai di TikTok. Video pendek yang berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan suami kepada pemilik video bernama @eja2110 meratakkan kedut ditudung dengan melalukan

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Trending Thu, 12 May 2022

“Nyanyian Antara Punca Rezeki Saya” – Irfan Haris Bimbang Nikmat Suara Ditarik

Irfan Haris menghidap penyakit tonsil sejak setahun lalu, risau ditarik nikmat untuk bernyanyi.

Trending Sun, 14 Nov 2021

Harith Zazman Umum Isteri Hamil Dalam Muzik Video Shut Up

Jika dua lagu sebelum ini iaitu Cute (Stop Lah So Being Cute) dan Tak Tahu menampilkan penyanyi Harith Zazman berkolaborasi bersama bintang lain, kini bakat baharu itu muncul dengan single solo berjudul Shut Up. Lagu

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

What Actually Happened to Ailee? Why isn’t She Promoting on Music Shows?

Fans are starting to realize is that Ailee has been missing for music shows line-up despite the long-awaited comeback from Ailee after almost three years of hiatus.

| Live TV