“Fitnah Paling Dahsyat!”- Guna Gambar Puteri Sarah Sokong Israel, Netizen Mohon Individu Tak Bertanggungjawab Ditangkap

Susulan pergolakan yang berlaku di tebing barat, ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap selebriti tempatan dengan menggunakan foto mereka sebagai cara untuk memberikan sokongan kepada pihak musuh.

Lebih memeranjatkan, ada pihak menggunakan akaun yang diberi nama pro Israel dan menggunakan foto Puteri Sarah sebagai tanda sokongan kepada pihak berkenaan.

“Muslim Malaysian women for Israel.

“Kami sayangkan Israel. We have so much to learn from them!,” tulis pada akaun berkenaan.

Sementara itu, Puteri Sarah juga kelihatan tidak berdiam diri dan menafikan perkara berkenaan dengan berkongsi semula tangkap layar akaun tersebut di Instagram Story miliknya.

“Never in my mind to stand for apartheid. Let’s #freepalestine. 

“Tolong saya report page ni please,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Bahkan, mereka berharap agar pihak Puteri Sarah mengambil berat isu ini dengan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tersebut.

Sebelum ini, pelakon Mona Allen antara selebriti yang difitnah menjadi penyokong Yahudi apabila fotonya bersama anak turut digunakan sebagai antara selebriti yang menyokong Israel.

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Foto Bersama Anak, Taktik Kotor Akaun Instagram Pro Israel Fitnah Mona Allen Sokong Israel! – “Too Much, Gila Ke Apa?”

Salma Syahbuddin