Hiburan By: SGMS Faida August 16, 2019 @ 2:26pm

Fiza Halim Mengamuk Di IG?

“Hebat hebat. Bulu hidung, bulu ketiak, bulu tutttt hampa tak mau zoom ka?” tulis pelakon dan penyanyi Fiza Halim yang bengang dengan sikap netizen yang suka mencari kesalahan orang lain.

Tulis Fiza di Instagramnya, dia turut mempersoalkan tindakan netizen yang gemar mencari kesalahan orang lain di sosial media.

“Aku nak tengok siapa nak kecam.. Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom.

“La ni aku nak tanya hampa semua, kalau cerita kami yang lama keluar kat tv yang tak pakai tudung, macam mana pulak cerita tu?

“Hampa tak pi DM kat stesen tv ka? Come on la. Nasihat boleh nasihat. Tapi biarlah berpada-pada,” ujarnya.

Tambah pelakon drama Hello Mr Perfect ini, dia turut menasihatkan segelintir netizen agar menjaga adab ketika ‘singgah’ di laman sosial media orang lain.

“Aku mengaku aku bukan orang baik tapi aku pelan-pelan nak belajar jadi baik. Aku tak suka hipokrit! Bukan aku. Ni daripada hampa semua sibuk dok cari neraka orang, hampa jangan lupa, jangan sampai syurga hampa sendiri terabai na.

“Kita semua dah tua. Tunggu nak mampuih ja. Masing-masing tau dah kot nak jaga diri sendiri. Macam aku anak dah keluar 3 dah… Kalau lepas ni hampa dah tak minat dan taknak suka aku pun, aku tak kisah.

“Bukan hampa mai ketuk depan rumah aku mai bagi mentedarah kat aku. Aku adalah aku,” luahnya geram.

Walau bagaimanapun, entri itu telah dipadam selepas beberapa jam dimuatnaik.

Sabarlah ya Fiza…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

One Two Jaga Terus Unggul, Tahniah Nam Ron!

Filem Crossroad: One Two Jaga meneruskan kegemilangan pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) pada 30 Mac lalu, apabila membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) […]

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Apa Nabila Buat Untuk Tiru Che Ta?

OMG…sama sungguh ni!

Hiburan Wed, 23 May 2018

Deja Moss Kelu, Akui Biasa Hidup Sendiri

Bagi saya sekarang, kalau hidup berdua atau sendiri, sama saja sebab memang selalu ditinggalkan. Pendek kata, saya sudah biasa hidup seorang diri…

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Betul Ke Rihana Oksana Cerai Talak Tiga?

Media Moscow melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu. Bagaimanapun bapa Rihana, Andrey Gorbatenko menafikan dakwaan tersebut.

Featured Wed, 23 Jun 2021

“Nak Pakai Tudung Semula, Tapi Kena Istiqamah Dulu”- Uqasha Senrose

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan  hasrat hatinya untuk berhijrah dan kembali mengenakan hijab. Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi satu video Tiktok  yang dimuat naik yang menampilkan pelakon itu tampil sopan dan manis lengkap memakai hijau […]

Featured Sun, 23 Oct 2022