Fizikal Sering Dikecam Terlalu Kurus & Nampak Tua, Alyah Tempelak Netizen! – “Badan Saya Hak Saya”

Penyanyi popular Datin Alyah tampil bersuara apabila sering menerima komen-komen netizen yang mempersoalkan fizikalnya sehingga menjadi bahan kutukan.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan meluahkan rasa kecewa apabila fizikalnya dicemuh netizen gara-gara sebuah video promosi perniagaannya.

“Saya ni cuma nak berniaga tudung ja. Rasanya tak kacau pun sesiapa.

“Saya juga pernah kurus sebelum ni dan pernah gemuk juga dua tiga tahun lepas pun saya tak kacau sesiapa.

“Baju yang saya pakai ni baju lama ketika saya berat 60 lebih pun tak kacau sesiapa,” tulisnya.

Tambah isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu lagi, dia tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sebaliknya hanya fokus kepada perniagaan sahaja.

“Nak kata saya pegi menjaja depan rumah orang atau depan kedai orang pun tak jugak. Dan rasanya tak kacau sesiapa.

“Janganlah samakan tudung ni dengan tudung 5 ringgit awak ya… Kalau tak nak membeli jangan menghina. Saya ni kalau nak menghina lebih dari itu pun boleh.

“Tapi saya ni sedar diri saya hamba Allah S.W.T je yang mencari rezeki dibuminya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alyah mengakui tidak takut dimamah usia dan menyifatkan sesetengah netizen cemburu dengan penampilannya itu.

“Saya tak takut dikatakan tua sebab saya dah 40 lebih memang dah tua dah dan saya sedar tu.

“Badan saya adalah hak saya. Sebelum ni masa saya besar macam-macam hinaan saya dapat dan saya kurus pun ada lagi yang menghina.

“Kamu sebenarnya cemburu dengan kecantikan saya yang Allah S.W.T bagi. Penyakit hati namanya tu.

“Semoga Allah S.W.T lindung kita dari semua kejahatan juga fitnah akhir zaman (al kahfi),” tutupnya.

Terdahulu, Alyah menerima pelbagai reaksi netizen dalam sebuah perkongsian yang dibuat pelantun lagu Kisah Hati itu, baru-baru ini.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan mengkritik fizikal Alyah yang kini ramping. Malah ada juga yang mengutuk dengan mengatakan bentuk kepala penyanyi itu tidak sesuai dengan saiz badan terkini.

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah Tampil Mohon Maaf Susulan Kenyataan Dikatakan Hina Golongan Peneroka Kelapa Sawit & Kebun Getah

ARTIKEL BERKAITAN: Usia Perkahwinan Bersama Ramli MS Cecah 10 Tahun, Alyah Serah Soal Zuriat Pada Tuhan – “Tipulah Kalau Tak Putus Asa”

Khairil Khusyairi