Hiburan By: SGMS Faida July 10, 2019 @ 11:30am

Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Selepas heboh dengan spekulasi rumah tangga berantakan, pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim bercerai dengan talak satu.

Perkahwinan pasangan ini berakhir apabila disahkan bercerai Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan lafaz perceraian selepas Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Mawar, 30.

Che Abdullah mensabitkan penceraian kali pertama dengan talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh idah selama tiga bulan.

Kemelut rumah tangga Fizo dan Mawar menjadi perbualan netizen dan media selepas pasangan berkenaan didapati meraikan sambutan Syawal di kampung halaman masing-masing.

Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.- Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 8 Jan 2024
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii diadaptasi dalam versi antarabangsa nyanyian penyanyi terkenal dari China dan Hong Kong iaitu […]

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Featured Sat, 8 Jan 2022
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

丁当主演音乐剧《搭错车》登陆大马!1123云顶强势引爆

强大阵容大型音乐剧《搭错车》首度登陆大马!11月23日云顶强势引爆~

Hiburan Fri, 12 Jul 2019