Foto 3 ‘S’ Ke Korea Cairkan Instagram!

Apa yang anda dapat bila tiga jejaka tampan dan pelakon-pelakon terkenal Malaysia bercuti bersama-sama?? Rasa teruja tahap maksimum! Ini lah yang terjadi apabila pelakon terkenal Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle bercuti bersama-sama di Korea baru-baru ini.

Menurut perkongsian Syukri, mereka ke sana atas jemputan Gangwon Province, organisasi pelancongan di Korea yang bekerjasama dengan Malaysia Airlines di mana mereka akan melakukan aktiviti berbasikal sejauh 300km bersama para selebriti lain di satu kawasan percutian di Gongwon bagi menjayakan program My Celebrity Cycling X Gongwon Korea. 

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat ‘3 jejaka S’ ini di dalam satu foto!

“3 Hero Malaya, semuanya hebat-hebat”

“WOW! Triple ‘S’!”

“Tak tau nak pilih yang mana”

“Hensem-hensem semua”

Hmmm…mana satu pilihan kalbu ya? 

Sumber Foto: Instagram @syukriyahaya & @sharnaazahmad

 

Del14