Foto Bersama Gal Gadot Cetus Pelbagai Reaksi, Ramai Puji Zahirah Macwilson Lagi Cantik!

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson dijemput ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri acara jenama barang kemas terkemuka di dunia iaitu Tiffany & Co.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, antara selebriti antarabangsa yang hadir dan bergambar bersama ialah pelakon filem Wonder Woman, Gal Gadot.

Sebelum ini, Zahirah ada meluahkan rasa teruja bertemu dengan bintang filem tersebut.

“Here for the opening of the The Tiffany Landmark in New York.

“Such an honour for me to be here as it all unfolds with the beautiful ladies of Tiffany,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata teruja melihat Zahirah dan Gal Gadot bersama seperti kembar malah memuji dirinya lebih cantik.

“Hey. Mana satu Gal Gadot ni.

“Zahirah much more prettier dari Gal Gadot.

“Omg. You both look like sisters,” komen netizen.

Selain itu, terdapat juga yang memberi reaksi negatif kerana mengetahui Gal Gadot merupakan rakyat Israel dan menyokong kezaliman zionis.

“A zionist? Dislike dislike dislike.

“She served in Israel Defense Forces. Free Palestine,” komen netizen.

Selain Zahirah, selebriti yang turut menghadiri acara mewah tersebut ialah pelakon Meerqeen.

Maya Basir

Recent Posts