[FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris

Perkenalan singkat selama 2 bulan tidak menjadi halangan buat pelakon cantik, Tasha Shilla yang membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Atiq Idris, seorang pakar kewangan di Singapura.

Dengan sekali lafaz, Tasha Shilla dan Atiq Idrus selamat diijabkabulkan di Masjid Wilayah pada jam 9.59 pagi tadi yang disaksikan oleh kedua-dua belah keluarga terdekat dan rakan media. 

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Abdul Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.

Pemilik nama Natasha Sheila Abdul Razak ini menerima mas kahwin sebanyak Rm 800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kepada kedua-dua belah pihak. Tasha juga kelihatan anggun mengenakan busana serba putih rekaan Hatta Dolmat. Memang cantik!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Atiq, keperibadian Tasha yang sangat menyenangkan membuatkan beliau terus ingin menyunting Tasha sebagai suri hatinya. Malah, sifat wanita tersebut yang sukakan kanak-kanak dan sentiasa menjaga solat juga menjadi sebab dia memlih pelakon cantik itu. 

Tasha juga dikatakan akan menetap di Singapura apabila selesai majlis persandingan di sebelah pihak lelaki.

Sekali lagi, tahniah Xtra ucapkan buat Tasha Shilla dan Atiq Idrus!

Sumebr foto: Instagram CST Production, Blackpepper Production

Syafiqa Irdina