Hiburan By: Del14 January 23, 2020 @ 10:45am

Foto Tidak Bertudung Tular, Sharifah Rose Anggap “10 Minit Paling Bodoh Dalam Hidup”

Selepas tersebar foto dan video di Instagram Story yang memaparkan dia tidak bertudung ketika bercuti di Phuket, Thailand baru-baru ini, personaliti media sosial, Sharifah Rose Sabrina tampil untuk memberikan penjelasan terhadap apa yang sebenarnya berlaku. 

Rose membuat penjelasan tersebut menerusi satu ciapan di laman akaun media sosial, Twitter dan memohon sesiapa yang mempunyai fotonya yang tidak bertudung dan telah membuat ciapan mengenainya untuk memadamkan foto tersebut.

“Salam semua. Saya rasa saya seperti berhutang satu penjeleasan terutama sekali kepada pengikut saya. 

“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana telah mengecewakan anda semua. Ikhlas dari hati, saya betul-betul  kesal kerana telah membuat kamu marah dan kecewa dengan tindakan saya. 

“Walaupun saya tidak mempunyai alasan untuk apa yang telah saya lakukan, saya tetap ingin memperjelaskan beberapa perkara tentang insiden itu. 

“Saya ke Phuket dengan beberapa rakan rapat dengan pengetahuan dan kebenaran daripada ibu bapa saya. Saya tidak sesekali menipu atau menyorok dengan ibu bapa saya tentang di mana saya berada. 

“Tangkapan skrin itu diperolehi dari Instagram Stories salah seorang rakan saya. 

“Dalam tangkapan skrin tersebut, saya dilihat tidak memakai tudung. Biar saya jelaskan. 

“Pada hari itu, saya ke pantai. Ini gambar kami semasa di pantai.

“Seperti yang anda dapat lihat, saya mengenakan pakaian yang sesuai. Baju berlengan panjang, seluar panjang dan topi untuk menutup rambut. 

“Apabila topi saya basah, saya tanpa berfikir panjang telah membukanya untuk membiarkan ia kering.

“Tanpa pengetahuan saya, sepanjang 10 minit saya melepaskan rambut, IG story itu telah merakamkan saya tidak berhijab. 

“Ia adalah tempoh 10 minit paling bodoh dalam hidup saya dan saya sedar sekarang bahawa apa jua boleh terjadi dalam tempoh 10 minit. 

“Ianya satu kesilapan dan saya telah belajar daripadanya walaupun pahit.

“Saya berharap kamu dapat menemuinya di dalam hati untuk memaafkan saya,” tulisnya melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter. 

Rose yang juga kekasih kepada anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid, meminta supaya foto-fotonya yang tidak bertudung dipadamkan oleh mana-mana netizen yang telah menyimpan atau menyebarkannya di Twitter atau laman sosial yang lain. 

“Bagi mereka yang mempunyai gambar saya tidak bertudung, tweet gambar itu atau ‘retweet’, saya dengan rendah hati meminta anda memadamnya kerana saya telah pun mendapat pengajaran dari kekhilafan saya itu,” tulisnya lagi.

Sharifah Rose dan Aazief Khalid – foto ihsan IG @sharifahrose_

Pelbagai reaksi timbul daripada insiden itu dan  ada netizen yang mengambil kesempatan itu untuk ‘mencurah minyak’ atas apa yang terjadi. Lebih-lebih lagi apabila mereka mendakwa Rose memang tidak memakai tudung sewaktu bercuti dan kekasihnya juga turut sama dalam percutian itu. 

Namun demikian, ada juga yang bersimpati dengan Sharifah Rose dan menasihatkannya untuk kekal tabah mengharungi dugaan sebagai seorang personaliti media sosial. 

Nama Sharifah Rose juga menjadi ‘trending’ di Twitter sejak tularnya foto dan video tersebut. 

 Kredit: Instagram @sharifahrose_ & Twitter @sharifahrose

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 16 Jan 2019

Stand Out This Chinese New Year in Timely Style

These watches will definitely get people talking.

Hiburan Tue, 1 Oct 2019

Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki!

Alhamdullilah. Tak sabar nak tengok baby Elfira dan Faris!

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Aina Abdul Jawab Dakwaan Besar Kepala

Saya tak boleh jelaskan lebih lanjut, tunggu saja nanti…

Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Dia Buat Pun Tak Cakap Dengan Saya” – Ellie Suriaty Dedah Azri Iskandar Diam-Diam Ambil Vaksin, Dah Lengkap 2 Dos

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mendedahkan suaminya, pelakon Azri Iskandar sudah lengkap dua dos vaksinasi. Biarpun sebelum ini Ellie dan Azri diketahui enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan, Ellie akur dengan tindakan suaminya. […]

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Masya Masyitah Bakal Pindah China?

Cuma tidak begitu fasih tetapi masih boleh diperbaiki. Sebagai persediaan awal, saya banyak mempelajari di Youtube.

Featured Mon, 5 Sep 2022

Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

Selepas dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai perceraian aktres berbakat, Nad Zainal bersama suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini, ramai nampaknya warganet yang masih tertanya-tanya apakah punca utama disebalik pergolakan rumah tangga pelakon itu. Nad […]