Featured By: Fatin Nurain June 12, 2022 @ 2:24pm

Fouziah Gous Akui Rindu Ceburi Dunia Lakonan, Kini Lebih Selektif

Usahawan dan pelakon jelita, Datin Fouziah Gous mengakui rindu untuk ceburi semula dunia lakonan, namun kekangan waktu membuatnya terpaksa mengurangkan pembabitan dalam bidang itu.

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 40, dia terpaksa menjadi lebih selektif sebelum mengambil apa-apa tawaran lakonan kerana komitmennya menguruskan perniagaan.

Fouziah turut menyatakan kepayahan dalam mengurus perniagaan bagi memastikannya kekal stabil adalah sangat sukar kerana memerlukan komitmen dan konsentrasi secara konsisten.

“Saya bukan tak nak berlakon, tapi nak cerita betapa susahnya perniagaan itu sehingga ia ambil masa saya dari pagi sampai malam.

“Jadi, perkara ini memerlukan masa, sebab R&D (Research & Development) itu sendiri. Ia bukan satu produk yang bila tampal pelekat dah boleh keluarkan, bukan macam itu. Kalau tengok memang ramuan kita sangat berbeza daripada yang lain.

“Saya rindu juga nak berlakon, tapi macam tak ada masa. Alhamdulillah tawaran itu sentiasa ada, cuma apa yang saya pilih adalah artis jemputan, program raya atau apa-apa yang tak mengambil masa terlalu lama. Disebabkan kekangan masa itu saya terpaksa memilih kadang-kadang,” katanya.

Pelakon jelita itu juga hanya menerima tawaran berlakon sekiranya mampu memberi impak positif baik buat dirinya atau buat drama itu sendiri.

Selain itu, Fouziah turut menjelaskan dia kini lebih cerewet dalam pemilihan watak kerana sudah pernah membintangi pelbagai genre drama dengan pembawakan watak berbeza-beza.

“Saya memang asalnya pelakon yang hari-hari berlakon. Sekarang ini saya dah bergerak ke karier lain, jadi bila nak ambil tawaran berlakon itu kena pastikan ia bagi kesan atau menarik.

“Kadang-kadang tawaran itu ada, tapi bila baca skrip macam tak sesuai untuk saya terima tawaran itu. Bukan saya nak hina, tapi mungkin itu untuk orang lain dan bukan untuk saya. Ini kerana dah banyak watak yang saya bawa.

“Saya rasa dah berlakon hampir 100 drama, jadi kalau ia perkara sama, saya rasa macam tak terpanggil,” katanya.

Namun, Fouziah turut menafikan bayaran yang ditawarkan menjadi faktor utama dirinya kini lebih selektif.

“Kalau kata bayaran tak juga, sebab sebelum saya nak betul-betul berikan komitmen saya akan tengok skrip. Sebab kalau dulu pendapatan saya daripada lakonan saja. Jadi, nak tak nak saya kena beri komitmen.

“Allah dah bagi kita pilihan dan mesti kita nak ambil yang terbaik bukan sebab bayaran sahaja. Kalau bayaran bagus, tapi drama itu pula yang kurang tak boleh juga,” katanya.

Fouziah turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Datuk Zhafran Md Yusof sentiasa menyokong dan memahami segala kerenahnya sepanjang bergelar isteri.

Kini dia memilih untuk meneruskan kariernya sebagai usahawan walaupun telah menceburi industri lakonan tanah air sejak 2005.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019
Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Thu, 10 May 2018

Selena Takkan Kembali Semula Dengan Justin Bieber

Betul ke Selena Gomez,dikatakan sudah berpatah arang dan enggan menyambung kembali percintaan dengan Justin Bieber, penyanyi dan pelakon

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Cukup-Cukuplah Kontroversi, Raja Azmi Tak Mahu Lagi…

Seiring dengan peningkatan usia bakal menjengah 60 tahun pada Jun ini, penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu kontroversi. “Pada usia ini saya mahu hidup tenang dan fokus pada dunia seni […]

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

Semak Skim i-Suri Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

hanya diri sendiri iaitu isteri dan suami kepada pasangan yang layak sahaja

Trending Sat, 3 Jul 2021

Dijangka Tempoh 3 Bulan Akan Datang Lebih Kritikal – Khairy

Semoga Malaysia sentiasa terpelihara ♥

Featured Thu, 25 Nov 2021

Dah Kenapa Camping & Masak Mi Segera Dekat Tapak Parkir? Sekumpulan Pemuda Kena Kecam Berkhemah Di Genting Highlands

Sebuah klip video menunjukkan sekumpulan pemuda bertindak memasang khemah di kawasan tempat parkir kereta di Genting Highlands dalam aplikasi TikTok pada Isnin. Malah, tindakan mereka itu mendapat kecaman netizen kerana tidak menyukai dengan aktiviti mereka. […]