Hiburan By: SGMS Faida April 4, 2019 @ 2:48pm

‘Fresh Orange Ikat Tepi’ Punya Pasal…

Gara-gara ayat ‘fresh orange ikat tepi’ yang disebut oleh Juita di dalam drama Nur 2, dialog itu mula menjadi sebutan oleh warganet di sosial media.

Menurut pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin, dialog itu tidak pernah dirancang jadi sudah tentu dia terkejut apabila menjadi sebutan.

 “ Tak sangka orang sebut sampai buat hashtag. Sama juga macam dialog sup bunjut pada Nur dulu. Sewaktu penggambaran babak ini, saya tanya Azar kalau mahu beli air, nak air apa. Dia jawab nak beli fresh orange. Jadi, saya pun buat. Itu saja.
 
“ Tetapi mungkin sebab gaya Azar melontarkan dialog itu depan Adam (Syafiq), ia menjadi ‘seksi’. Lagi satu, orang jarang beli fresh orange ikat tepi. Selalu teh ais, milo dan lain-lain. Kru siap tanya saya, adakah orang pernah buat.

“Kami tidak rancang pun untuk tularkan dialog ini atau menjadikan ia babak ikonik. Malah, dalam drama ini, ada banyak perkara yang mungkin boleh boleh menjadi dan tidak. Tapi, saya tidak boleh jangka,” katanya kepada Harian Metro.

Shahrulezad berkata, dia hanya mampu tersenyum dengan maklum balas diterima penonton membabitkan dialog dan babak yang dipaparkan dalam drama itu.

Selain Azar Azmi, Nur 2 masih mengekalkan pelakon utama Amyra Rosli dan Syafiq Kyle.

Drama itu disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda di TV3.- Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Jun 2022
Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Tue, 9 Apr 2024
LIFESTYLE Fri, 16 Nov 2018

20 Tahun Berkahwin Masih Romantis, Apa Rahsia Mustapha Kamal?

Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli Syurga suamimu maka kamu juga ahli syurga. Begitulah sebaliknya…

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Saya Tidak Sempurna’, Selepas Emma Maembong, Syed Abdullah Tampil Akui Kesilapan

Semua orang buat silap dalam kehidupan… maafkan mereka ok?

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Wed, 17 May 2023