Hiburan By: Padin August 26, 2022 @ 3:20pm

Gadis Jolobu The Movie Tembus Pasaran China

Syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd melakar sejarah apabila memeterai perjanjian dengan tiga platform Perkhidmatan media lepas pelantar atau ‘over the top’ (OTT) terbesar di China dengan menayangkan filem pertama, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.

Tiga platform OTT terbesar menjadi pilihan iaitu Bestv, Youku dan Yongoo.

Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi, berkata kejayaan menembusi pasaran China dapat mempromosikan filem dan budaya Malaysia ke peringkat global.

Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta bakal ditayangkan di Thailand, Filipina, Indonesia dan Brunei Darussalam, tidak lama lagi.

“Kami tidak menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia sahaja, sebaliknya menyasarkan beberapa negara luar termasuk Asia Tenggara.

“Dalam keadaan industri pawagam yang baru mahu pulih selepas lebih dua tahun terkesan dengan pandemik, sasaran tidak hanya bertumpu dalam negara.

“Jadi, platform OTT di China adalah pilihan terbaik kerana mempunyai liputan lebih meluas berbanding pawagam,” katanya.

Saraleana ditemui pada majlis pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie menerusi platform penyiaran digital tele-virtual OTT di Malaysia, Get Play, minggu lalu.

Tambah Saraleana, China mengehadkan rakyat ke pawagam, malah, hanya 40 filem antarabangsa dibenarkan ditayangkan dalam tempoh setahun dalam musim pandemik.

“Jadi, langkah terbaik dengan memilih platform OTT kerana ia juga menjadi trend seluruh dunia. Selain itu, setiap daerah di China mempunyai saluran televisyen (TV) sendiri.

“Jadi, keputusan menayangkan filem Gadis Jolobu The Movie di platform OTT adalah langkah terbaik, buat masa ini,” katanya.

Filem Gadis Jolobu The Movie yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini menampilkan bintang senior, Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan memperkenalkan bakat baharu, Ahirine Ahirudin selaku teraju utama.

Menerusi perbincangan rangkaian OTT, Saraleana berkata, pihaknya mendapat maklum balas cukup positif apabila pPembekal OTT mengagumi keindahan kawasan perkampungan yang ditonjolkan dalam filem Gadis Jolobu The Movie.

Saraleana berkata, ada pembekal OTT berpandangan Malaysia sebuah negara moden, membangun dan hanya dikelilingi bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

“Di China mempunyai banyak kampung, namun, pembekal OTT cukup kagum dengan keindahan kampung, budaya dan tradisi di Malaysia selepas menonton pelan pemasaran filem.

“Tarikan filem Gadis Jolobu The Movie lebih kepada sinematografi. Disebabkan itu, kami tidak memaparkan jalan cerita berat, malah, penggunaan dialek Negeri Sembilan dan adat juga terlalu banyak ditonjolkan kerana enggan penonton luar keliru.

“Bagaimanapun, saya mengakui proses memasukkan sari kata agak mencabar kerana penggunaan dialek Negeri Sembilan dalam filem,” katanya.

Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie kini boleh ditonton menerusi platform Get Play bermula 26 Ogos ini. Tawaran istimewa diberikan kepada pengguna platform Get Play antara 26 Ogos hingga 8 September ini.

Mengulas mengenai platform Get Play berkonsep baharu, Saraleana berkata, penonton hanya membayar setiap kandungan seperti membeli tiket di pawagam.

“Setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan sebagai inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Model Dan Instafamous Ini Dipercayai Mati Di Dalam Keretanya Sendiri

Di jumpai mati di dalam keretanya dengan kesan tembakan di kepala.

Events Fri, 28 Sep 2018

#daiTV3 : Saksikan Pentas Akhir Da’i Musim Ke-6 Malam Ini!

Tahniah diucapkan kepada pemenang Da’i Musim Ke-6

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Patutlah Nampak Muda, Alif Satar ‘Pecah’ Rahsia Penyanyi Lama

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, betul tak? Lihat ketampanan dua figura bersaudara ini, pasti ramai tertanya, apa agaknya rahsia mereka ya…

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Erma Fatima Enggan Membazir Lagi

Erma Fatima enggan membazir apa untuk azam tahun baru 2018 kali ini

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

MATA Menang Lagu Terbaik APM 2018, Ayda Jebat Terkejut Sampai Tersalah Cakap?

Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori ini yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

‘Bercakap Pun Dah Mengah’- Adira Berdebar Tunggu Masa!

Saya juga mudah terlelap, kadang kala sedang berhenti di lampu isyarat pun sempat tertidur.

Hiburan Sat, 3 Feb 2018

BTS AND MORE TOPS FORBES KOREA 2030 POWER LEADERS LIST

The Forbes 2030 Power Leaders list is a prestigious award and we’re so proud to say that these youngsters made it into it.

Hiburan Tue, 21 May 2019

《声林之王2》马来西亚海选落幕!22岁李艾薇出征台湾

《声林之王 2》马来西亚海选圆满落幕!现年22岁来自吉隆坡的李艾薇在终极决斗中成功击败对手,成为大马之「虎」代表马来西亚出征到台湾参与国际比拼。

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Fazura Terpaksa Selektif Kerana?

Rasa tidak sabar untuk menonton filem Dendam Pontianak lakonan Fazura dan Remy Ishak yang akan ditayangkan pada 12 September nanti kerana sudah lama Fazura tidak berlakon di dalam mana-mana drama ataupun filem. Filem terakhirnya adalah

| Live TV