Gagal Jalan Tanggungjawab Sebagai Suami, Puteri Sarah Pula Fail Nusyuz Terhadap Syamsul

Krisis rumah tangga masih belum menemui jalan penyelesaian, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, pula memfailkan nusyuz terhadap suaminya pengarah filem, Syamsul Yusof, 39.

Memetik laporan mStar, peguam mewakili Sarah memaklumkan dia memfailkan nusyuz atas sebab kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Selain itu, pihaknya memasukkan pembelaan nusyuz yang telah difailkan oleh pihak Syamsul pada Mac lalu.

“Puteri Sarah juga ada alasan kenapa dia memfailkan nusyuz. Ia berkenaan tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

“Berkaitan dengan jawapan nusyuz, secara ringkasnya kami katakan tidak berasas. Anak guam saya (Puteri Sarah) menafikan semua tuduhan yang telah dilemparkan,” kata Akberdin.

Kedua-dua peguam yang mewakili Sarah dan Syamsul hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pagi ini.

Dalam pada itu, peguam Syamsul iaitu Azmi Rais memaklumkan pihaknya akan meneliti tuntutan nusyuz tersebut dan akan mengemukakan jawapan balas.

“Pihak Syamsul akan meneliti tuntutan dan masukkan jawapan,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Puteri Sarah dan Syamsul tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Susulan itu, Hakim telah menetapkan sebutan semula kes nusyuz pasangan ini pada 14 Jun depan.

Artikel Berkaitan: Individu Kritik Puteri Sarah Ambil Gambar Duduk Mencangkung Seperti Ira Kazar, Ini Respons Empunya Badan

Artikel Berkaitan: Mohon Doa Menang Kes, Puteri Sarah Liyana Dapat Sokongan Netizen – “Teruskan Berjuang Selagi…”

Artikel Berkaitan: “Saya Patut Tahu Kaki Spin Cerita” – Dituduh Tukar Perjanjian, Puteri Sarah Ralat Tak Rekod Video Ketika Bincang Bersama Syamsul

Sumber: mStar

Atiqah Johari