Hiburan By: SGMS Faida October 16, 2018 @ 8:00pm

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mahkamah kemudiannya mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 November depan.

Dalam pada itu, aktor filem J Revolusi ini berkata dia akan menghantar representasi kedua secepat mungkin.

“Kita terima keputusan yang telah ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi untuk kali kedua,” katanya.

Pada 16 Jan lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalankan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam.

Manakala pada 25 Jan lalu, Farid turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

陈泽耀首演新加坡网剧!回归校园演学生直嚷:回春十年

陈泽耀首演新加坡网剧《看见看不见的你》,与陈楚寰上演清新人鬼恋。回归校园演学生直嚷:「回春十年!」

Selebriti Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Fri, 7 Feb 2020
Featured Fri, 23 Dec 2022

Tak Sampai Setahun Jadi Ibu Tunggal Dah Berkahwin Jadi Kritikan Netizen, Ini Respons Anita Baharom

Perkara baik kena lah dipercepatkan.. Tahniah Anita and cik suami!

Featured Tue, 21 Feb 2023