“Gaji RM10,000 & Bujang” – DSV Cari Lelaki Handsome Nak Dijadikan PA, Komen Shuib Curi Perhatian

Tidak serik dengan kata-kata netizen terhadap dirinya, penyanyi dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengiklankan jawatan kosong berupa pembantu peribadi (PA) mencuri perhatian.

Berita itu dikongsi DSV menerusi hantaran yang dimuat naik di akauan Instagramnya pada Jumaat beserta syarat kelayakan yang dikehendaki beliau.

“Wajib Handsome. Untuk perempuan ada jawatan lain ya… boleh tengok ig story saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen terhibur dan mendakwa syarat yang dikehendaki DSV itu seperti ‘mencari’ calon suami ataupun ‘mangsa’ untuk content sosial media beliau.

“Saya nak jadi PA Dato boleh?”

Selain gaji yang lumayan dan syarat yang ditawarkan mencuri perhatian, komen dari Shuib Sepahtu juga tidak kurang ‘panas’ nya.

Pelawak, penyanyi dan usahawan itu dilihat sempat meninggalkan komen diruangan posting tersebut sehingga mendapat respon yang cukup luar biasa dari netizen.

Malah, ada diantara mereka yang mengandaikan syarat tersebut tidak layak buat Shuib kerana DSV hanya mahukan lelaki yang kacak sahaja.

Tidak terhenti disitu, DSV juga dilihat sempat membalas komen ‘nakal’  Shuib berkenaan jawatan yang ditawarkannya.

Apapun, netizen berpendapat bahawa tawaran gaji yang lumayan itu pasti akan memikul tanggungjawab besar sebagai ‘orang kuat’ kepada DSV.

Salma Syahbuddin