Gambar ‘Panas’ Tersebar Di Sosial Media, Apa Komen Haqiem Rusli?

‘Buat apa nak takut sebab bukan saya dalam gambar itu,’ demikian kata penyanyi Haqiem Rusli berhubung gambar ‘panas’ yang tersebar.

Penyanyi berusia 20 tahun ini ketika ditemui di majlis pelancaran Samsung A30/A50 semalam menafikan foto yang tersebar itu miliknya.

“ Ibu pesan kepada saya buat apa nak takut kalau itu bukan diri kita. Saya mahu diam kerana perkara ini akan lenyap juga.

“ Saya tegaskan di sini bahawa ia adalah gambar edit, bukan saya dalam foto berkenaan,” katanya.

Gambar seorang individu mirip Haqiem Rusli itu tersebar di Twitter baru-baru ini mengundang kecaman netizen.

“ Saya berada dalam industri hiburan untuk menyanyi dan bukan membuat hal yang bukan-bukan.

“ Saya bersyukur keluarga faham dengan situasi dan hal-hal yang perlu saya lalui sebagai selebriti,” katanya.

Sementara itu, Haqiem gembira dilantik sebagai skuad GalaxyA bersama dengan penyanyi Nabila Razali dah Ismail Izzani.

SGMS Faida