Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 7:10am

Gandingan REV Media Group & Dattel Asia Group Perkasa PKS dengan Pengiklanan Berasaskan Data

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pengiklanan berasaskan data.

Kolaborasi ini menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik. Platform layan diri ini dikuasakan oleh AI untuk menyasar audiens dengan lebih baik, dikenali sebagai REV Ad Manager (RAM), membolehkan PKS memanfaatkan data dari platform untuk membuat keputusan pemasaran yang baik.

RAM bertindak sebagai titik permulaan untuk menjalankan kempen pengiklanan dan mencapai audiens ideal untuk PKS menperkembangkan perniagaan mereka. Dalam erti kata lain, RAM merupakan alat yang membolehkan anda mengenal pasti pelanggan, membuat iklan dan seterusnya menguruskan mereka dengan lebih mudah.

Gandingan kedua syarikat ini juga turut memberi peluang kepada PKS untuk memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG, mencapai 80 peratus rakyat Malaysia setiap bulan dan kadar istimewa serendah RM1,000 dengan jaminan 100,000 capaian audiens.

Apakah manfaatnya kepada PKS? Kebiasaannya PKS tidak mempunyai akses kepada data pasaran dan mereka hanya meneka secara rambang siapakah potensi pasaran sasaran mereka.

Kini, mereka boleh mengenal pasti target pasaran dan memastikan perbelanjaan periklanan mereka memberikan pulangan pelaburan yang terbaik.

Di samping itu, kadar istimewa ini direka untuk memastikan bahawa sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi, PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif DAG, Ashran Datuk Ghazi berkata, “Menyasarkan audiens yang tepat adalah penting dalam mana-mana aspek perniagaan. Kami mahu membantu dan memperkasakan PKS dengan data dan yang paling penting dapat membuahkan hasil.

“Bukan sahaja PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk berbuat demikian, tetapi juga mendapat peluang untuk memanfaatkan rangkaian pelawat unik mudah alih terbesar di Malaysia!”

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata, “Berlalu sudah hari di mana pemilik perniagaan PKS dan agensi perlu memperoleh data secara tradisional dan mencipta persona untuk memadankan sasaran audiens mereka.

“Enjin pengesyoran berkuasa AI kami akan mengesyorkan aset media terbaik yang lebih optimum untuk audiens pasaran anda yang akan memudahkan agensi dan jenama.”

Salah satu ciri unik yang dicipta dari kerjasama ini ialah menggunakan audiens pasaran untuk mencipta berbilang persona bagi jenama termasuk memanfaatkan 28 Tingkah Laku Archetypes dan 12 Ciri Nilai Pengguna.

RAM menawarkan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners.

Pemohon yang berminat boleh memohon di sini – https://www.dattel.asia/rev-marketing-partner-registration/.

Bagi jenama PKS, manfaatkan peluang ini sepenuhnya dengan bekerjasama dengan REV Marketing Partners kami.

Kami telah memperakui dan melantik sekumpulan agensi sebagai REV Marketing Partners yang akan membantu PKS dalam perjalanan pengiklanan mereka. REV Marketing Partners kami termasuk Zen Communications, BookAD, BrandGeeks, Commerce.Asia, DreamTalents Media, Orion Digital, Phar Partnerships, MedADS, Pixelsy Solutions, FourSeven Media dan Messe Worldwide.

Hubungi REV Marketing Partners untuk kempen pemasaran yang diperibadikan, menyasarkan laman web premium Malaysia dan yang paling penting menyokong ekosistem tempatan.

Layari https://www.dattel.asia/our-rev-marketing-partners/ untuk informasi lanjut!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Ini Antara Koleksi Baju Raya Sajat?

Nampaknya episod ketiga siri vlog Sajat Rated Xtra kali ini, Sajat kelihatannya begitu sibuk sekali. Al-maklumlah beliau sendiri pun mempunyai pelbagai cabang perniagaan kan?

Featured Tue, 12 Mar 2024

Sambut Perayaan Nyepi, Rizky Febian Didakwa Murtad? Ini Jawapan Balas Mahalini – “Fitnah Itu Lebih Kejam Daripada Pembunuhan”

Mungkin juga Iky sekadar memeriahkan perayaan tersebut.. Jangan lah sampai tuduh murtad pula okay? Tak baik.😎✌️

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Lagu Nora Dalam OST Filem Pulang Yang Korang Kena Tahu

Sebut sahaja filem Pulang, pasti ramai yang akan kata runut bunyi dalam filem tersebut juga memainkan peranan dalam mewujudkan emosi sedih ketika menontonnya

Events Sat, 4 May 2019
Hiburan Thu, 22 Feb 2018

NORA DANISH DAPAT BABY BOY LAGI

Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Trending Wed, 11 Sep 2019
Featured Tue, 10 Jan 2023