Featured By: Marcella November 28, 2021 @ 4:56pm

Ganti Siti Nurhaliza Tahun Lalu, Shiha Zikir Gembira Dapat Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Dengan Lagu Sendiri

Penyanyi Shiha Zikir berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 dengan membawakan lagu AEWO gandingan bersama Noki K-Clique.

Shiha yang mendapat tahu berita itu bagai tidak percaya kerana kali terakhir dia membawakan lagu sendiri di pentas separuh akhir ialah pada tahun 2018 menerusi lagu Jagakan Dia.

Jagakan Dia bersaing di Separuh Akhir Muzik Muzik 33 tetapi tidak berjaya lolos ke peringkat akhir.

View this post on Instagram

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

“Alhamdullilah, saya bersyukur sangat. Saya gembira bila dapat tahu berita ini. AEWO pernah meraih trofi Pop Asia Terbaik pada InterContinental Music Awards (ICMA) 2021 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu.

“Bila dapat peluang dekat Malaysia pula untuk ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36, saya rasa itu sudah memadai.

“Semoga menerusi lagu AEWO kali ini, saya boleh bagi something different. Apa benda yang saya buat nanti tiada dalam planning lagi, cuma apa yang saya boleh sampaikan ialah saya akan give the best,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Misha, Aina, Ernie & Syamel Antara 10 Seterusnya Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel, Haqiem Rusli, Awie Antara 10 Pertama Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Pada tahun lalu, Shiha bertanding di pentas akhir Separuh Akhir Muzik Muzik 35 dan Anugerah Juara Lagu 35 menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu 7 Nasihat bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo.

Ketika ditanya mengenai persediaan membawakan lagu yang memerlukan gerak tarian, Shiha perlu berlatih lebih keras untuk mengawal stamina dan pernafasan.

“Persediaan saya sudah tentu saya kena practice more dari segi stamina dan saya kena tengok balik dekat mana yang boleh saya dance dan bahagian mana yang tak boleh.

“Tak semua nyanyian itu boleh dipersembahkan dengan tarian sebab kena kawal pernafasan.

“Ini first time saya menyanyi di pentas semi final dengan lagu dance yang perlu menari,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shiha bakal mengeluarkan muzik video Irama pada Disember dan melancarkan perniagaan kosmetiknya sendiri.

“Sekarang saya sibuk shooting untuk drama bersiri untuk siaran TV9 nanti.

“Tidak lama lagi saya akan record single saya yang baru tapi tidak pasti lagi bila saya akan selesai shooting, barulah saya dapat masukkan vokal.

“Disember ini, Insya-Allah saya akan keluar muzik video Irama setelah lama menunggu sebab waktu Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini tak boleh shooting.

“Perkembangan bisnes pula, saya akan buat lancarkan perniagaan kosmetik sendiri di bawah jenama Xmetic,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

“Tolong Doakan Anak Saya” – Saharul Ridzwan

Berkongsi gambar dan status menerusi laman instagram miliknya, Saharul Ridzwan memberitahu anaknya, Muhammad Luth Ali mengalami tonsil bernanah.

Featured Tue, 10 Jan 2023

Tayang ‘Six Pack’ Di TikTok… Atiq Azman Undang Komen Nakal, Peminat ‘Menggelupur’ Tak Senang Duduk

Pelakon kacak, Atiq Azman semakin berani mempamerkan bentuk badan yang sasa di media sosial. @therajaatiqullahSyok sendiri ke tu ♬ Dc usss – Brooke 👩🏼‍🎤 Terbaharu, Atiq telah memuat naik satu hantaran di TikTok dengan menayangkan

Hiburan Sun, 6 Oct 2019

Hafreez Adam Kehilangan Ayah Tersayang

Takziah Hafreez Adam dan keluarga

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Semoga Datuk Farid Kamil dan keluarga tabah menunggu tempoh 9 bulan berlalu.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Thu, 20 Sep 2018
Featured Mon, 10 Apr 2023

Akui Hidup Sunyi, Zizan Razak Kena ‘Abang-Zone’ Dengan Hawa Rizwana

Hmm kesian Zizan.. Min doakan semoga cepat berjodoh

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

CANTIKNYA ANAK GADIS AZMIL MUSTAPHA

Sebagai seorang ayah dia tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka lebih ke arah bidang seni

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Comelnya! Ayra Aneesah Nama Anak Ummi Nazeera

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin melahirkan bayi perempuan itu di Hospital Serdang pada jam 11.37 malam menerusi pembedahan ketika kandungannya mencecah usia 34 minggu.

| Live TV