Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila Neelofa mempromosikan produk suplemen untuk menambah ketinggian. Muat naik menerusi instagram milik Lofa itu nyata mendapat respon pelbagai pihak yang rata-ratanya mempersoalkan keberkesanan ubat tersebut. Dan, selebriti terkenal Elfira Loy juga tidak terlepas memberikan pendapat beliau mengenai isu ini.
Menurut El, beliau pernah menggunakan ubat untuk menambah ketinggian dan nyata, ubat itu berkesan untuk dirinya. Kelihatan beliau seloah-olah back up rakan artisnya itu yang juga merupakan salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai artis yang cukup berpengaruh. El sempat memberikan komen mengenai isu tersebut ketika beliau berada di Perth, Australia. Walaubagaimana pun, tweet tersebut telah mendapat respon negatif daripada rata-rata peminatnya.
Menurut Elfira, keberkesanan ubat tinggi pada dirinya adalah benar dan mungkin bergantung kepada individu. Tambahnya lagi, pil berkenaan mempunyai fungsi yang sama seperti kalsium. Namun, terserah pada individu masing-masing untuk menerima ataupun menolak kebenaran tersebut.
“Tapi pil tu dia ubat suplement macam calcium. That girl cakap its dangerous and bodoh artis pergi promote. And i said no el dah try and ok. Geddit?”, kata Elfira Loy. Namun, penjelasan itu masih lagi dipersoalkan oleh peminatnya.
Wah, nampaknya twitter El diserang bertubi-tubi oleh peminatnya kan? Salah faham je kot? Namun, apa yang el cuba lakukan adalah, meminta maaf dan cuba untuk memperbetulkan keadaan.
“Im sorry, tapi El dah betulkan and I hope u get your facts right now”, jelas El menerusi tweet terakhirnya.
Ditulis Oleh : Nur Nasuha