Hiburan By: Nurul Hana June 1, 2023 @ 9:46am

Gara-Gara Kerja Di Stesen Minyak… Seorang Remaja Luah Rasa Sedih Diperli, Didakwa Belajar Tak Pandai

Tular sebuah video di laman sosial mengenai seorang remaja yang meluahkan rasa sedih kerana dipandang rendah oleh seorang pelanggan gara-gara bekerja di stesen minyak.

Menerusi perkongsian di TikTok, kejadian yang menyakitkan hati itu terjadi semasa dia sedang bekerja di bahagian kaunter pembayaran stesen minyak dan kemudian datangnya seorang pakcik.

“Ada seorang pakcik ni dia terus masuk kedai dan pergi ke bahagian air ambil empat tin air. Dia terus datang kaunter untuk bayar.

“Lepastu, tiba-tiba pakcik tu tanya ‘adik, awak dah habis sekolah ke?’ aku pun positiflah kan mungkin pakcik ni nak cakap badan aku ni kecil macam budak sekolah ke apa.

“Aku pun jawablah sambil senyum ‘dah pakcik’ lepastu pakcik tu cakap apa tau, benda yang aku tak expect pun dia akan cakap macamtu.

“Dia cakap dengan nada dia yang biadap ‘ha belajar tak pandailah tu’. Lawak lah pakcik tu. Aku terdiam kejap,” katanya.

@izzatynazmii._ Assalammualaikum☺️so dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan..😶 Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..😇And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya..😊 Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what😅 Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah org😉apatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay?😗 #fypシ #fypp #xyzbca #biadap ♬ Antassalam – Fairuz Band

Bercerita lebih lanjut, pakcik tersebut sempat membandingkan tahap pendidikan serta gaji yang tinggi dan perkara terbabit mengguriskan hati remaja itu.

“Pastu dia tanya, kenapa tak belajar tinggi-tinggi? Boleh la merasa gaji RM5,000 – RM6,000. Belajarlah tinggi-tinggi. Kerja petrol pam je?” ujarnya lagi.

Video berdurasi 3 minit itu telah meraih lebih 30,000 komen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman dibandingkan dan disindir oleh ahli keluarga sendiri.

“Aku pernah kene weyh sumpah sakit. Dia boleh cakap macam ni ‘anak pakcik 5 orang semua masuk universiti, setakat kamu ni kedai makan ja’ dalam hati aku ya Allah,” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Aug 2019

Kenapa Datuk Bandar Diarah Pakai Pakaian Wanita?

Kenapa ya sampai begitu sekali ,mesti ada yang tak kena kan?

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Saya Tak Nak Susahkan Orang” – Tolak Tawaran Pengacaraan, Karl Shafek Tak Ralat

Pengacara dan pelakon, Karl Shafek tidak ralat apabila terpaksa menolak beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan. Menurut Shafek atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 41, dia tidak mahu membuat banyak perkara dalam satu masa. “Saya dah […]

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Kenapa Intan Sarafina Tinggalkan Malaysia?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, Intan Sarafina yang suatu ketika dulu pernah popular dengan lagu Kembali. Selepas sahaja mengikuti program realiti nyanyian tersebut, nama Intan dilihat kembali menyepi dalam dunia hiburan tanah air. Kenapa?

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Yeay! Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik

Alhamdulillah… Tahniah Hairul & Hanis Zalikha!

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Pelakon Veteran Siri Baba Nyonya Meninggal Dunia

Menurut isteri, Fern Loo, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Trending Sat, 24 Oct 2020