Gara-Gara Kuih Raya Dibawa Tak Dimakan Rakan Sekelas, Pelajar Sekolah Menangis Kesedihan

Seorang kanak-kanak lelaki menangis kesedihan dalam kelas sambil mengadu kepada gurunya gara-gara kuih raya yang dibawa tidak disentuh rakan sekelas ketika jamuan hari raya.

Menerusi potongan video yang tular di laman media sosial TikTok, guru terbabit kelihatan sedang memujuk dan menenangkan pelajar terbabit.

@farisfarhansidek bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Guru berkenaan membawa pelajar tersebut ke tempat makanan diletakkan untuk dia membuka penutup bekas kuih itu bagi dinikmati bersama pelajar lain.

Tindakan guru itu membuatkan pelajar tersebut tersenyum kegembiraan selepas melihatan rakan-rakanya yang lain mengambil kuih raya yang dibawanya.

Video tersebut mendapat pelbagai respons warganet yang memuji cara gurunya mengawal situasi, malah ada yang berkongsi pengalaman yang sama pernah terjadi kepada diri mereka semasa jamuan raya.

“Terbaik, cikgu yang bijak pandai mengambil hatinya. Begitu simple rasa dia bahagia. Terima kasih cikgu pandai kawal keadaan.

“Saya pernah rasa, sampai sekarang terasa sakit ni. Masa aku dulu sama jugak tapi nak sedapkan hati arwah nenek aku, aku yang makan sampai habis lepas tu cakap dengan dia, kawan-kawan suka kuih tu,” ujar netizen.

Nurul Hana