Gara-Gara Tak Tahu Trend ‘Shila’, Wawa Zainal Tarik Telinga Aeril Zafrel – “Aku Harap Sangat Kau Faham”

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat mereka di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aeril telah memuat naik videonya menyakat isterinya, Wawa menggunakan trend ‘Shila’ yang mula jadi ikutan ramai di platform itu.

Dalam perkongsian tersebut, Wawa kelihatan sangat keliru apabila Aeril memanggilnya dengan nama, Shila.

“Hei Shila sumpah tak vibes do. Cantik do kau Shila. Sumpah cantik do kau Shila,” kata Aeril.

Tetap bingung dengan panggilan itu, Wawa sempat memulas telinga aktor itu kerana tidak tahu kewujudan trend tersebut.

“Siapa pulak ni? Siapa Shila? Apa bah content nya? Apa lagi ni Shila-Shila, apa benda do. Aku harap sangat kau faham,” katanya.

Terhibur dengan gelagat pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

@aerilzafrel8aku harap sangat kau paham shila..

♬ original sound – aerilzafrel

Terdahulu, trend ‘Shila’ ini mula diperkenalkan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama, Zahid sehingga menjadi ikutan dalam kalangan warganet.

@zahidgafSorry tau korang tak ajak korang. Semuanya terjadi dengan tersendiri. Harap sangat korang faham. Thanksss tau weyyyy.

♬ original sound – Zahid in his POV era

Fatin Nurain