Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Penyanyi Masya Masyitah sekali lagi ditegur netizen gara-gara tampil dengan gaya yang tidak sesuai dengan imej seorang wanita muslimah.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Masya menggayakan pakaian serba hitam, kain skirt pendek dan seluar legging yang seakan jarang sehingga menampakkan kulit.

“Everything you do is a signature of yourself. So sign it with style,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menegur cara pemakaiannya dan semakin pelik dengan fesyen yang digayakan Masya.

“Fesyen apa lah kau ni makin mengarut.

“Style apa ni? Hentai ke?

“Pelik-pelik je fashion kau ni dik. Apa ke pakai tudung tapi peha nampak. Takkan tak segan kot?

Maya Basir