Gelagat Syamel Nyanyi Lagu Malampagi Versi ‘Cringe’ Buat Ramai Berdekah – “Semua Lagu Yang Dia Gubah, Aku Terima”

Penyanyi Syamel sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya menyanyikan lagu Malampagi nyanyian Saixse.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh isterinya, Ernie Zakri menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Syamel tetap tenang melayan kerenah Ernie yang memintanya menyanyikan lagu itu dalam versinya tersendiri.

“Nah, versi cringe,” tulis Ernie.

@erniezakri23 nah, versi cringe 😭@syamel_official ♬ original sound – erniezakriez

Akur dengan permintaan isterinya, Syamel terus menyanyikan lagu tersebut secara spontan dalam genre balada.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan itu.

Fatin Nurain