Hiburan By: Ad Ops December 18, 2017 @ 3:52am

“GELI TEKAK NAK PANGGIL KAU DATO” – BOY IMAN

Nampaknya kontroversi yang melanda Farid Kamil mengenai gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Tengku Mahkota Pahang semakin hangat diperkatakan.

Akaun instagram milik Farid Kamil dihujani dengan pelbagai komen negatif daripada netizen yang mempertikaikan gelaran tersebut. Kebanyakan netizen mempersoalkan kredibiliti Farid sebagai anak seni, mana tidaknya bukan senang nak dapat gelaran Datuk ni.

Terbaru, Boy Iman yang juga pernah dikritik kerana mendapat gelaran Datuk meninggalkan komen di instagram milik Farid Kamil. Menerusi instagram milik Boy Iman iaitu wak_iman01, komen yang ditinggalkan oleh Boy Iman berbunyi “Geli tekak nak panggil kau dato Haha”. Mungkin komen daripada Boy Iman hanya sekadar untuk berlawak namun komen tersebut turut berbaur sindiran kepada Farid.

 

Sumber: Instagram Farid Kamil

 

Selain itu, netizen turut mengkritik Farid dengan mengatakan bahawa gelaran yang diberikan kepadanya tidak memberi sebarang “value”. Fuh! sampai macam tu sekali komen netizen. Apa-apa pun diharapkan Farid Kamil tidak terus melenting dengan teguran ini. Nak jadi Datuk  kena la open minded dan terima teguran netizen, ye tak?

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Farid Kamil!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 May 2023
Featured Thu, 2 Nov 2023

Impian Cakra Khan Tercapai, Tampil Konsert Solo Diiringi Orkestra Bersama Datuk Ramli MS

Fuh, mesti gempak konsertnay mas Cakra!❤️‍🔥 Tambah pulakada Datuk Ramli🧡

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

BARACK OBAMA REVEALS HIS LIKES AND DISLIKES IN INTERVIEW WITH PRINCE HARRY

One of the questions Prince Harry asked was “boxers or briefs?”. Check out Barack Obama’s answers.

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Fuh…Masih Hot Walaupun Hamil Di Usia 54!

Menerusi gambar yang berjaya dirakam, bahagian perut Brigitte kelihatan besar daripada biasa walaupun aktres itu cuba menyembunyikan perutnya.

Hiburan Tue, 21 Jun 2022