Gigi Hadid Tolak Lamaran Kekasih?

Berpisah pada Mac lalu, pasangan selebriti Zayn Malik dan Gigi Hadid dilihat berpacaran semula sebulan kemudian.

Khabarnya, bekas anggota kumpulan One Direction ini memulakan langkah beraninya dengan melamarnya pada April lepas namun tidak mendapat liputan meluas media.

Lapor The Sun, Zayn benar-benar serius dan tidak sabar untuk memperisterikan Hadid.

“ Zayn mahu membuktikan ke seluruh dunia bahawa cintanya hanya untuk gadis bernama Gigi Hadid,” kata sumber terdekat Zayn.

Tetapi nampaknya, model terkenal dunia itu masih belum bersedia untuk memasuki alam perkahwinan.

Menariknya, Zayn dikatakan bercadang untuk berkahwin dalam suasana tertutup dan tidak menjemput tetamu pada hari bahagianya nanti. Errr…macam mana tu?

 

SGMS Faida