Hiburan By: Maya Basir August 26, 2022 @ 4:06pm

Gigi Kembali ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur

Kumpulan Gigi dari negara jiran bakal kembali beraksi buat mengubati kerinduan para peminat di Malaysia.

Kali terakhir kumpulan ini beraksi adalah di Sunburst KL International Music Festival bersama Incubus dan John Legend pada 2008.

Gigi dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) ini dirindu oleh para peminat terutamanya GigiKita.

Mereka menembusi pasaran Malaysia melalui lagu Terbang yang kemudiannya menjadi siulan ramai dan kegemaran rata-rata para pemuzik pada tahun 1999.

Kemantapan skil mereka dan Armand Maulana selaku vokalis dijadikan idola kerana sering memukau khalayak ramai dengan vokal dan ‘showmanship’ yang baik di atas pentas.

Tahun ini, dengan bangganya Tanjak Adventure & Tour membawakan Gigi: Nakal di Kuala Lumpur yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

“Kami sangat berbangga untuk membawakan kumpulan Gigi yang kita tahu diminati kerana skil dan profesionalisme mereka serta lagu-lagu mereka yang hebat.

“Kami mengharapkan kerinduan peminat dapat terubat pada 5 November ini di Zepp Kuala Lumpur. Kami turut mengalu-alukan sambutan para pemuzik yang meminati permainan Dewa Budjana, Thomas Ramdhan dan Gusti Hendy serta kemantapan vokal Armand Maulana,” ujarnya.

Menurut Gigi, mereka sudah lama menunggu untuk bertemu para peminat di Malaysia.

“Sudah lama benar kita semua tidak bertemu. Jadi jangan lupa untuk berjumpa di ‘Gigi: Nakal di Kuala Lumpur’ pada 5 November ini,” ujar Gigi.

Tiket-tiket berharga RM180 (BUDJANA- Free standing), RM200 (ARMAND- free standing) RM250 (HENDY- UPPER DECK), RM350 (THOMAS- UPPER DECK) dan RM450 (NAKAL- Meet and Greet) di www.myticket.asia bermula Rabu, 24 Ogos 2022, pukul 10 pagi.

Para peminat juga boleh menghubungi talian 03-86050196 serta hotline di 0197860144.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Trending Fri, 9 Apr 2021

Syatilla Melvin Mahu Lunas Hasrat Sambung Pembinaan Masjid Terbengkalai

Bersempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berhasrat untuk menyambung semula pembinaan masjid yang terbengkalai di Sungai Siput, Perak. Kata Syatilla, sebahagian daripada hasil jualan produk makanannya kolaborasi […]

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

Saya Tidak Boleh Lawan Selamanya

Bukan mudah untuk melawan penyakit kanser dimana dirinya sendiri tidak berada di dalam keadaan yang baik dan masih lagi tabah menghadapinya

error: Content is protected !!