“Gila! Memang Premium Gred Ni” – Viral Di TikTok, Pemuda Ini Disangka Aedy Ashraf Gara-Gara Muka ‘Copy Paste’

Sejak semalam, tular video mengenai seorang remaja berusia 19 tahun yang dikenali sebagai @mohdmzlnnn yang tular di aplikasi Tik Tok gara-gara rupa parasnya yang persis seperti pelakon dan model popular, Aedy Ashraf.

Malah, video tersebut juga berjaya mencuri perhatian pihak stesen radio tempatan cawangan negeri Sabah @erasabah yang dilihat turut memuat naik video berdurasi satu minit lebih itu menerusi akaun instagramnya pada Rabu.

Menyedari hal berkenaan, pemilik nama Mohamad Addy Ashraf Roshmadi atau Aedy Ashraf tidak ketinggalan memuat naik semula ciapan berkenaan video tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

“Sebijik betul, memang copy ori!”

Terhibur melihat rupa paras anak muda yang lebih mesra dengan panggilan Lalan ini, netizen nampak gayanya tidak ketinggalan membanjiri ruangan komen beliau sehingga video berdurasi 11 saat yang dimuatnya di akaun Tik Tok beberapa hari lalu telahpun ditonton lebih 300,000 kali dengan 29,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin