Hiburan By: SGMS Enal August 26, 2018 @ 10:59am

Giliran Zizi Kirana Pula Di Kecam Teruk

Penyanyi lagu ‘Nak Ke Tak Nak’ iaitu Zizi Kirana sering dikecam teruk netizen berikutan imejnya yang agak seksi. Namun bagi Zizi, dia menerima segala kritikan dan lebih bahagia dengan caranya sendiri, malah keluarganya lebih mengetahui siapa dirinya yang sebenar.

“Ada yang pernah bagi cadangan untuk tutup komen di media sosial, tapi pada saya sendiri, tak perlu nak tutup pun orang tetap mengata. Saya okay sahaja apa orang nak kata.

“Sememangnya saya bahagia begini dengan apa yang saya buat, dengan keluarga saya, malah mak saya pun tahu saya macam mana. Setakat ini, mak saya tak pernah lagi cakap ‘kau janganlah pakai baju macam tu’. Sebab dia sendiri pun tahu had saya sampai mana,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Zizi turut kongsikan perasaannya ketika mula-mula dikecam netizen dan baginya setiap orang ada pandangan mereka masing-masing.

“Mula-mula kena tu, perasan macam apahal pulak nak marah tapi bila lama-lama, saya dah okay. Bagi saya semua orang ada pandangan dan penerimaan masing-masing dan dia orang pun ada kepala otak masing-masing jadi suka hatilah nak buat apa. Begitulah juga dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Zizi mendedahkan dia sering menerima bahan-bahan berbaur lucah daripada netizen. Lebih mengejutkan ada yang berani menghantar mesej mengajaknya keluar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Selamat Datang Harman Studio Ke Malaysia!

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Tipulah Tak Takut’- Scha Alyahya Komen Isu Penceraian Rakan Selebriti

Pucuk pangkalnya, jodol dan ajal terletak di tangan Tuhan. Namun, sebagai suami isteri, kita harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan rumah tangga terus harmoni dan bahagia.

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

PU Abu, Do you Think Marriage is a Joke?

Did we see this coming or did we see this coming? *sigh* literally have no words…

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

AMIRA OTHMAN DAN RADIN BERCINTA?

Menurut Amira, dia masih tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Dan, berharap calon kekasihnya itu bukanlah dari kalangan orang industri

Featured Wed, 14 Sep 2022